14 May 2020
Program Kerjaya ODP AADK bersama KRT SENENG
Program ini diadakan pada 22/1/2020 bertempat di Ladang Tanaman Secara Fertigasi di Kg Seneng yg dihadiri oleh 20 peserta Orang Dalam Pengawasan AADK. kerjaya ini bagi menunjukkan cara bagaimana utk menjadi petani yg berjaya dalam pertanian secara fertigasi. Ini adalah fasa pertama bagaimana utk memilih benih yg baik, cara semaian dan penjagaan sebelum dipindahkan ke polibag. Program ini diselaraskan oleh En Suhailan Che Man selaku pemilik ladang. Majlis ini dirasmikan oleh En Mazlan Dollah. PPD Bachok. Juga dihadiri oleh Pengerusi KRT SENENG, Pegawai AADK Bachok. Program akan berterusan sehingga selesai.
13 October 2019
SALAM TAKZIAH
BELASUNGKAWA
Pentadbiran ini dan seluruh warga Rukun Tetangga menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kembalinya ke rahmatullah
YB Datuk Dr. Md. Farid bin Md. Rafik, Timbalan Menteri JPM (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) pada 21/9/2019
Kami semua mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh…Al-Fatihah.
انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفر له وارحمه وعافيه واعفو عنه
اللهم اغفر له وارحمه وعافيه واعفو عنه
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
BELASUNGKAWA
Pentadbiran ini dan seluruh warga Rukun Tetangga menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kembalinya ke rahmatullah
Puan Fadilah binti Mohaiddin Penolong Pegawai Perpaduan Negeri Sabah pada 25/9/2019
Kami semua mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh…Al-Fatihah.
انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفر لها وارحمها وعافيها واعفو عنها
اللهم اغفر لها وارحمها وعافيها واعفو عنها
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
PENAZIRAN KRT
Majlis Penaziran keatas KRT Seneng oleh Jab Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan telah diadakan pd 25/8/2019. Penaziran telah dilakukan oleh En. Arjunawira bersama Pn. Masitah serta rombongan. Dipihak KRT diwakili oleh Pengerusi serta ajk. Banyak perkara yang perlu dilakukan bagi memenuhi kehendak jabatan kearah mendokumentasikan KRT. Terima kasih atas nasihat serta pandangan.
17 September 2019
PERUTUSAN PENGERUSI SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2019
Assalamualaikum salam sejahtera dan salam perpaduan.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019
Syukur alhamdullillah kita dapat bersama lagi dalam menikmati sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019 dalam suasana aman dan harmoni. Disamping itu saya juga bersyukur kerana Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Seneng dapat diterima oleh seluruh warga Kg. Seneng. Sepertimana negara Malaysia berada dalam suasana aman dan harmoni, begitu juga Kg. Seneng ini berada dalam suasana yang sama.
Selepas PRU14 suasana politik berubah namun ketenangan dan perpaduan terjalin erat walaupun berbeza fahaman politik. Saya berharap ianya dapat diteruskan sepanjang masa. Dengan ketenangan inilah, berbagai aktiviti dapat dijalankan sesuai dengan sambutan ulang tahun ke10 pada Disember 2018. Atas dasar itulah penghargaan dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan telah memperuntukan geran G-Kom sebanyak RM10,000.00 bagi melaksanakan aktiviti/program keselamatan dan pencegahan dadah.Terima kasih Pengarah JPNIN Kelantan.
Dengan ini saya mohon kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa untuk menyokong saya dalam memperkasakan lagi KRT Seneng. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sokong yang diberi selama ini.
Sekian, terima kasih
MOHD AMIDI BIN RAJAB @ ABDUL RAZAK
Pengerusi
KRT Seneng
14 September 2019
KONVOI SAYANGI MALAYSIAKU : JOM RONDA SRS PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2019
Pada 14/9/2019, Program Konvoi Sayangi Malaysiaku : Jom Ronda SRS Peringkat Negeri Kelantan 2019 telah diadakan. Kawasan yang menjadi perhentian konvoi ialah Daerah Bachok, Pasir Putih, Machang dan Kuala Krai. Perhentian pertama ialah Daerah Bachok yang diadakan di Dataran Perahu, Pantai Irama Bachok yang dirasmikan oleh Pengarah Perpaduan Negeri Kelantan. Antara acara ialah Seminar Keselamatan dan Kejiranan, Pertandingan mewarna kanak-kanak tabika daerah Bachok, demonstarsi tangkapan binatang berbisa oleh APM Bachok, penyerahan plat dan jalur gemilang sempena konvoi Sayangi Malaysia Ku dan penyerahan peralatan SRS kepada SRS KRT Seneng.
Peserta/ahli SRS KRT Seneng seramai 10 orang yang diketuai oleh En. Mat Ropi bin Che Mood, Ketua SRS KRT Seneng telah hadir serta dalam program tersebut sebagai peserta perbarisan sambutan konvoi dari IPD Kota Bharu. Tahniah SRS KRT Seneng.
12 September 2019
PROGRAM JOM JUMPA RT OLEH TIM MENTERI
KRT Seneng turut serta diprogram bersama Timbalan Menteri di KRT Kampung Telekong Kuala Krai pada 7/9/2019
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
Jiran Warga Emas KRT Seneng telah mengadakan program bacaan yasin, solat hajat dan tahlil sempena sambutan kemerdekaan ke62 pada 29/8/2019 bertempat di Madrasah Ayah Mat Seneng. Seramai 50 orang hadir.
Jiran Muda pula menganjurkan Pertandingan Ayam Sorak Tertutup KRT Seneng di Pusat Aktiviti KRT Seneng pada 31/8/2019. Seramai 80 orang mengambil bahagian. Cabutan bertuah sebanyak 10 hamper disediakan. Hadiah disampaikan oleh En. Suhailan bin Che Man, Bendahari KRT Seneng.
Pada 13 dan 14/9/2019 Program Semarak Merdeka dan Maal Hijrah akan diadakan di Taman Bator Harmoni Seneng. Antara aturcara ialah tazkirah merdeka dan maal hijrah, Semarak Asyura Merdeka, Kayuhan Merdeka dan Tayangan Skrin Besar Filem Patriotik. Anjuran bersama KRT Seneng dengan J/K Penduduk TBH
19 August 2019
PROGRAM TAKLIMAT PENDIDIKAN KESELAMATAN KOMUNITI DAN PENCEGAHAN JENAYAH
Program Taklimat Pendidikan Keselamatan Komuniti dan Pencegahan Jenayah telah diadakan pada 1/3/2019 bertempat di Pusat Aktiviti KRT Seneng. Telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Perpaduan Kelantan. Program ini dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Bachok
10 December 2018
SAMBUTAN ULANGTAHUN KE10
Pada 8/12/2018 KRT Seneng telah menyambut ulangtahun ke10 bertempat di SK Seneng . Dirasmikan oleh YAbrs Tuan Hj Nik Mohamed Noor bin Nik Ishak, Ketua Jajahan Bachok. Turut hadir YAbrs Puan Norwahidah bt Zainalibdin, Pengarah JPNIN Kelantan. Pelbagai acara diadakan seperti Sukan Rakyat, Pertandingan Karaoke, Pertandingan Biri2, Pameran AADK, JPJ, SPR, derma Darah, Jamuan gulai kawah dan kueh berasaskan ubi kayu, pertunjukan lembu sador, permainan bolasepak kain pelikat, dll
15 October 2018
PERTANDINGAN KAROM JIRAN MUDA
Pertandingan karom tertutup KRT Seneng telah diadakan pada 8/10/2018 bertempat di Pusat Aktiviti KRT Seneng. Aktiviti ini adalah untuk Jiran Muda. Hadiah disampaikan oleh En. Mohd. Amidi bin Abdul Razak, Pengerusi KRT Seneng
Subscribe to:
Posts (Atom)
PROJEK NANGKA MADU BERKELOMPOK KRT SENENG
KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...
-
KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...
-
Majlis Pelima / Penamat Seni Silat Tari dan Cantik Jiran Muda Pada 13/7/2012 KRT Seneng telah menganjurkan Majlis Pelima / Penamat Se...












































