13 October 2019

SALAM TAKZIAH

BELASUNGKAWA
Pentadbiran ini dan seluruh warga Rukun Tetangga menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kembalinya ke rahmatullah
YB Datuk Dr. Md. Farid bin Md. Rafik, Timbalan Menteri JPM (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) pada 21/9/2019
Kami semua mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh…Al-Fatihah.
انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفر له وارحمه وعافيه واعفو عنه
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


BELASUNGKAWA
Pentadbiran ini dan seluruh warga Rukun Tetangga menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kembalinya ke rahmatullah
Puan Fadilah binti Mohaiddin Penolong Pegawai Perpaduan Negeri Sabah pada 25/9/2019
Kami semua mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh…Al-Fatihah.
انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفر لها وارحمها وعافيها واعفو عنها
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.



PENAZIRAN KRT

Majlis Penaziran keatas KRT Seneng oleh Jab Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan telah diadakan pd 25/8/2019. Penaziran telah dilakukan oleh En. Arjunawira bersama Pn. Masitah serta rombongan. Dipihak KRT diwakili oleh Pengerusi serta ajk. Banyak perkara yang perlu dilakukan bagi memenuhi kehendak jabatan kearah mendokumentasikan KRT. Terima kasih atas nasihat serta pandangan.



















17 September 2019

PERUTUSAN PENGERUSI SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2019




Assalamualaikum salam sejahtera dan salam perpaduan. 

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019

Syukur alhamdullillah kita dapat bersama lagi dalam menikmati sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019 dalam suasana aman dan harmoni. Disamping itu saya juga bersyukur kerana Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Seneng dapat diterima oleh seluruh warga Kg. Seneng. Sepertimana negara Malaysia berada dalam suasana aman dan harmoni, begitu juga Kg. Seneng ini berada dalam suasana yang sama. 

Selepas PRU14 suasana politik berubah namun ketenangan dan perpaduan terjalin erat walaupun berbeza fahaman politik. Saya berharap ianya dapat diteruskan sepanjang masa. Dengan ketenangan inilah, berbagai aktiviti dapat dijalankan sesuai dengan sambutan ulang tahun ke10 pada Disember 2018. Atas dasar itulah penghargaan dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan telah memperuntukan geran G-Kom sebanyak RM10,000.00 bagi melaksanakan aktiviti/program keselamatan dan pencegahan dadah.Terima kasih Pengarah JPNIN Kelantan.

Dengan ini saya mohon kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa untuk menyokong saya dalam memperkasakan lagi KRT Seneng. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sokong yang diberi selama ini.

Sekian, terima kasih


MOHD AMIDI BIN RAJAB @ ABDUL RAZAK
Pengerusi
KRT Seneng

14 September 2019

KONVOI SAYANGI MALAYSIAKU : JOM RONDA SRS PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2019

Pada 14/9/2019, Program Konvoi Sayangi Malaysiaku : Jom Ronda SRS Peringkat Negeri Kelantan 2019 telah diadakan. Kawasan yang menjadi perhentian konvoi ialah Daerah Bachok, Pasir Putih, Machang dan Kuala Krai. Perhentian pertama ialah Daerah Bachok yang diadakan di Dataran Perahu, Pantai Irama Bachok yang dirasmikan oleh Pengarah Perpaduan Negeri Kelantan. Antara acara ialah Seminar Keselamatan dan Kejiranan, Pertandingan mewarna kanak-kanak tabika daerah Bachok, demonstarsi tangkapan binatang berbisa oleh APM Bachok, penyerahan plat dan jalur gemilang sempena konvoi Sayangi Malaysia Ku dan penyerahan peralatan SRS kepada SRS KRT Seneng.

Peserta/ahli SRS KRT Seneng seramai 10 orang yang diketuai oleh En. Mat Ropi bin Che Mood, Ketua SRS KRT Seneng telah hadir serta dalam program tersebut sebagai peserta perbarisan sambutan konvoi dari IPD Kota Bharu. Tahniah SRS KRT Seneng.









12 September 2019

PROGRAM JOM JUMPA RT OLEH TIM MENTERI

KRT Seneng turut serta diprogram bersama Timbalan Menteri di KRT Kampung Telekong Kuala Krai pada 7/9/2019






SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Jiran Warga Emas KRT Seneng telah mengadakan program bacaan yasin, solat hajat dan tahlil sempena sambutan kemerdekaan ke62 pada 29/8/2019 bertempat di Madrasah Ayah Mat Seneng. Seramai 50 orang hadir.



Jiran Muda pula menganjurkan Pertandingan Ayam Sorak Tertutup KRT Seneng di Pusat Aktiviti KRT Seneng pada 31/8/2019. Seramai 80 orang mengambil bahagian. Cabutan bertuah sebanyak 10 hamper disediakan. Hadiah disampaikan oleh En. Suhailan bin Che Man, Bendahari KRT Seneng.



Pada 13 dan 14/9/2019 Program Semarak Merdeka dan Maal Hijrah akan diadakan di Taman Bator Harmoni Seneng. Antara aturcara ialah tazkirah merdeka dan maal hijrah, Semarak Asyura Merdeka, Kayuhan Merdeka dan Tayangan Skrin Besar Filem Patriotik. Anjuran bersama KRT Seneng dengan J/K Penduduk TBH


19 August 2019

PROGRAM TAKLIMAT PENDIDIKAN KESELAMATAN KOMUNITI DAN PENCEGAHAN JENAYAH

Program Taklimat Pendidikan Keselamatan Komuniti dan Pencegahan Jenayah telah diadakan pada 1/3/2019 bertempat di Pusat Aktiviti KRT Seneng. Telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Perpaduan Kelantan. Program ini dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Bachok






PROJEK NANGKA MADU BERKELOMPOK KRT SENENG

 KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...