26 September 2012

PROGRAM ANAK ANGKAT KRT SENENG DENGAN UITM MACHANG

Pada 10 - 11/8/2012 KRT Seneng telah menerima anak angkat daripada pelajar UITM Machang seramai 40 orang. Mereka telah dibahagikan kepada 20 keluarga angkat. program yang diatur ialah Motivasi bersama pelajar SK Seneng, Majlis Berbuka Puasa, lawatan melihat kehidupan seharian penduduk Kg. Seneng. Majlis dirasmikan oleh YBrs. tuan Hj. Zain Yasin, mewakili YB Dato' Dr. Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.






Majlis Pelima / Penamat Seni Silat Tari dan Cantik Jiran Muda

Pada 13/7/2012 KRT Seneng telah menganjurkan Majlis Pelima / Penamat Seni Silat Tari dan Cantik Jiran Muda di Gelanggang Seni Silat KRT Seneng. Seramai 40 peserta telah mengambil bahagian. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Awang Adek bin Hj. Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.






17 April 2012

Program Gotong Royong Membersih Kubur Jiran Muda

23 Mac 2012-KRT Seneng, melalui Jiran Muda telah menganjurkan aktiviti Gotong Royong Membersih Tanah Perkuburan Islam di Kawasan KRT Seneng. Aktivti ini telah dianjurkan bersama dengan pelajar-pelajar MRSM Pengkalan Chepa.

Aktiviti ini telah berjaya memupuk semangat gotong royong dikalangan jiran muda yang mana aktivti mulia ini sudah semakin terhakis dalam Masyarakat.








PROJEK NANGKA MADU BERKELOMPOK KRT SENENG

 KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...