02 November 2013

KARNIVAL BOLASEPAK 8 SEBELAH KRT SENENG





Karnival Bolasepak 8 Sebelah KRT Seneng telah diadakan pada 1 - 2/11/2013 di Padang Sek. Keb. Seneng, Jelawat, Bachok. Penyertaan adalah terbuka kepada warga KRT Seneng. Sebanyak 10 pasukan telah diadakan dengan cara undian. Pada 2/11/2013 Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah diadakan. Tetamu jemputan ialah En. Nazri Mohamad, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Bharu/Bachok/Pasir Puteh, En. Mazlan Dollah, Pen. Peg. Perpaduan Bachok dan Tn. Hj. Shamsuzuha bin Che Noh, Ketua Pemuda UMNO Bachok. Pertandingan akhir diantara Pasukan Liverpool dan Barcelona.Disamping itu pertunjukan bolasepak beragam pakai kain pelikat oleh veteran KRT Seneng.




25 October 2013

09 October 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA

Mesyuarat Jawatankuasa KRT Seneng telah diadakan pada 9/10/2013 jam 9.00 malam di Balai Raya Kg. Seneng. Pada mesyuarat kali ini, En. Mazlan bin Hj. Dollah, Pen. Peg. Perpaduan Daerah Bachok telah hadir bersama. Seramai 25 AJK termasuk Penyimpan Kira-Kira telah hadir. Ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen AJK dalam meningkatkan semangat perpaduan. Antara yang dibincangkan ialah PDRM bersama SRS, Ahli SRS (Penamatan & Pendaftaran Baru), Insuran, Aktiviti-Aktiviti yang akan dijalankan dan perlantikan Jawatankuasa baru setelah tempoh 2011 - 2013 berakhir 12/9/2013. Perlantikan Jawatankuasa baru bagi tempoh 2013 - 2015. Pengerusi menyarankan agar AJK baru dapat memberi kerjasama dalam setiap perkara berkaitan KRT. Sebanyak 3 Kertas Kerja dibentangkan untuk dikemukakan dan diluluskan untuk dilaksanakan. Aktiviti tersebut ialah Pesta Memancing KRT Seneng 2013, Program Bakti Siswa UITM Kota Bharu (Tunas Jiran) dan Karnival Bolasepak 7 Sebelah Jiran Muda. Semoga mendapat kelulusan JPNIN Kelantan.

28 September 2013

PERTANDINGAN MEMANCING KRT SENENG


KRT Seneng telah mengadakan Pertandingan Memancing pada 28/9/2013 di Tali Air Belakang Asrama UMK. Seramai 60 peserta mengambil bahagian. Pertandingan dibahagi kepada 2 kategori iaitu Tangkapan Paling Awal dan Ikan Paling Besar. 1 Hadiah tangkapan paling awal dan 10 hadiah ikan paling besar. Disamping itu disediakan Cabutan Bertuah sebanyak 13 hamper. Acara menarik Teka Biji Petola Sare. Peserta yang berjaya : Tangkapan Paling Awal : Sabri Sidek (Ikan Selat 50gm) Ikan Paling Besar :




Hadiah-hadiah disampaikan oleh En. Amidi bin Razak, Pengerusi KRT Seneng dan Dato' Rosdi Md. Noor, Timbalan Pengerusi KRT Seneng





14 September 2013

MESYUARAT AJK BIL. 1/2013

Pada 4/9/2013 Mesyaurat AJK / penduduk KRT Seneng telah diadakan di Kedai Makan Mek Jah Pok Dik. Seramai 50 orang telah hadir. Agenda ialah untuk memilih AJK baru bagi tahun 2013 hingga 2015. Sebulat suara memilih Pengerusi lama iaitu En. Mohd. Amidi bin Abdul Razak dan melantik Dato. Mohd. Rosdi sebagai Timbalan Pengerusi. Beberapa AJK baru dilantik bagi menggantikan AJK lama. Mereka terditi daripada Tg. Mohd. Zawawi bin Raja Sulaiman, Mat Zani bin Hamzah, Murat bin Mamat. Jawatankuasa juga bersetuju supaya ahli SRS yang tidak aktif dikeluarkan dan menggantikan dengan ahli baru. Kawasan ronda SRS juga dikecilkan dan ditambah untuk Taman Bator Harmoni dan Kintan Mas. Jawatankuasa disarankan supaya diadakan program/aktiviti yang bermanafaat kepada penduduk setempat. Cadangan supaya diadakan Hari Keluarga dan Sukaneka. Cadangan dipertimbangkan. Majlis tersebut dihidangkan dengan buah durian sumbangan Dato' Mohd. Rosdi (Dato' Di) dan jamuan meehon goreng dan air cendol serta buah rambutan sebagai pembasuh mulut. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 malam

PROJEK NANGKA MADU BERKELOMPOK KRT SENENG

 KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...