20 January 2008

Aktiviti Semasa

KEJOHANAN DAM AJI TERTUTUP KRT SENENG

Kejohanan Dam Aji Tertutup KRT Seneng telah diadakan pada 30/5/2008 hingga 1/6/2008 bertempat di Kedai Kopi Pak Dik. Seramai 12 orang peserta dalam kelas D dan 16 orang dalam Kelas C. Kejohananan ini dianjurkan oleh KRT Seneng bagi meningkatkan perpaduan dikalangan warga KRT Seneng. Kejohanan ini diadakan pada waktu malam bagi membolehkan ahli menyertainya memandangkan sianghari terlalu sibuk dengan urusan pertanian. Hadiah-hadiah berupa hamper disampaikan oleh Pengerusi KRT Seneng, En Amidi bin Ab. Razak


Memandangkan sambutan amat menggalakkan, KRT Seneng bercadang akan menganjurkan Dam Aji ini ke peringkat Jajahan Bachok di mana melibatkan KRT keseluruhan. Selain itu juga bagi mempereratkan lagi hubungan antara KRT-KRT di Bachok ini.





PROGRAM NUR SEJAHTERA"SIHAT DAN ANGGUN"


Program ini dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Kelantan dengan kerjsama KRT Seneng pada 24/5/2008 bertempat di Sek.Keb. Seneng, Jelawat, Bachok


Program ini diadakan bagi memberi maklumat dan pededahan kepada Jiran Wanita KRT Seneng mengenai Kanser payudara dan kaedah-kaedah pengesanan awal kanser.


Ianya juga bagi meningkatkan kesedaran dan kesediaan untuk melakukan pengesanan awal kanser. Selain itu ianya juga memberi tunjuk ajar untuk meningkatkan kemahiran wanita untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP)


Majlis dimulakan dengan pendaftaran kehadiran. Seramai 80 orang warga Jiran Wanita KRT Seneng telah hadir. Peserta yang hadir disediakan dengan risalah-risalah berkaitan kanser payudara dan saguhati daripada LPPKN. Cermah-ceramah disampaikan oleh Sister Hamizan bt Mustafa dari LPPKN dan Dr. Siti Kamariah bt Othman dari USM. Tajuk ceramah berkaitan Subsidi Memogram dan Menangani Kanser Payudara.


Selain ceramah pihak LPPKN juga telah membuat pemeriksaan kesihatan bagi wanita berumur melebihi 40 tahun. Bagi menarik kehadiran pihak Jawantankuasa KRT Seneng telah menyediakan 33 buah hamper cabutan bertuah.


Penceramah dan peserta disediakan minum pagi dan makan tengahari yang disediakan oleh Jiran Wanita di mana peruntukkan di sumbangkan LPPKN..




Majlis perasmian KRT Seneng

Pada : 15 Feb 2008
Masa : 3.oo petang
Tempat : Dewan SK Seneng
Perasmian oleh : YABrs Tn HJ Abdul Hadi b Mohd Salleh, Pengarah JPNIN, Kelantan



Semua ahli dan penduduk dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Aturacara Majlis

Perarakan motosikal klasik
Perarakan pulut semangat
Pertunjukan silat Pulut
Ucapan Perasmian
Gimik Perasmian dan pelancaran Laman Web KRT Seneng
Jamuan Makan
MALAM MESRA SRS DAERAH BACHOK


Ahli KRT Seneng seramai 20 orang berserta AJK menghadiri Malam Mesra Skim Rondaan Sukarela di Pusat Ko Kurikulum Negeri Kelantan, diTangok , pada 1 Feb 2008, anjuran JK Penyelarasan KRT Daerah Bachok.
Majlis yang julung-julung kali diadakan dan dianggap paling berjaya mengumpulkan 2,000 orang ahli-ahli yang melibatkan 21 KRT dalam daerah Bachok, majlis telah disempurnakan oleh



Datuk Dr Awang Adek b Hj Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia,
turut hadir,

Dato' Azman Amin b Hassan
Ketua Pengarah JPNIN Malaysia

Hj Abdul Hadi b Mohd Salleh

Pengarah JPNIN Negeri Kelantan.

No comments:

PROJEK NANGKA MADU BERKELOMPOK KRT SENENG

 KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...