22 December 2009

Majlis Penghayatan Islam








KRT Seneng dibawah Biro Warga Emas dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan telah menganjur satu majlis ceramah agama bertajuk Penghayatan Islam. Ianya diadakan pada 14/12/2009 diperkarangan Surau Seneng Tengah. Penceramah undangan khas ialah Ustaz Omar Khalid, Pendakwah JPPK. Seramai 150 orang telah hadir pada malam tersebut.

07 December 2009

PROGRAM GEMPADAH






Program Gempadah anjuran AADK Daerah Bachok dengan kerjasama KRT Seneng telah diadakan pada 23/10/2009. Majlis bermula dengan gotong royong membersih kubur, ceramah dadah di Masjid Mukim Mujur, pameran, pertandingan sepak takraw. Pada sebelah malam pula, persembahan dikir barat. Tujuan adalah untuk menyampaikan mesej berkaitan dengan dadah kepada ibubapa serta belia-belia. Kira-kira 500 orang hadir menjayakan program yang julung kali diadakan. Pada hari itu juga sebanyak 100 borang penyertaan Rakan Anti Dadah (Rada) telah diserahkan kepada AADK sebagai tanda kerjasama yang akan terjalin selepas ini. Turut hadir diprogram tersebut ialah Ketua Pegawai AADK Daerah Bachok En. Abdullah bin Ali.Terima kasih kepada agensi yang terlibat dan memberi sumbangan bagi menjayakan program tersebut.

05 December 2009

Majlis Berkhatan Perdana 2009





Majlis Berkhatan Perdana 2009 telah diadakan pada 5/12/2009 di Klinik Kesihatan Gunung. Seramai 40 kanak-kanak dikhatankan oleh 5 orang Pegawai Kesihatan Bachok. Majlis bermula jam 8.15 pagi dengan bacaan doa dan suapan pulut semangat yang dikendalikan oleh Tn. Hj. Wan Hamat Wan Jaya dan En. Ismail Ibrahim. Selepas itu kanak-kanan dimandikan dengan pancutan air oleh Pejabat Bomba dan Penyelamat Bachok. Tepat jam 9.15 pagi majlis berkhatan dimulakan.
Program ini dianjurkan sebagai penghargaan kepada ahli diatas kerja-kerja kebajikan yang dilakukan secara sukarela dikampung. Walaupun ianya nampak kecil, namun sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibubapa. Program ini akan dijadikan acara tahunan.




PROJEK NANGKA MADU BERKELOMPOK KRT SENENG

 KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...