22 December 2009

Majlis Penghayatan Islam








KRT Seneng dibawah Biro Warga Emas dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan telah menganjur satu majlis ceramah agama bertajuk Penghayatan Islam. Ianya diadakan pada 14/12/2009 diperkarangan Surau Seneng Tengah. Penceramah undangan khas ialah Ustaz Omar Khalid, Pendakwah JPPK. Seramai 150 orang telah hadir pada malam tersebut.

07 December 2009

PROGRAM GEMPADAH






Program Gempadah anjuran AADK Daerah Bachok dengan kerjasama KRT Seneng telah diadakan pada 23/10/2009. Majlis bermula dengan gotong royong membersih kubur, ceramah dadah di Masjid Mukim Mujur, pameran, pertandingan sepak takraw. Pada sebelah malam pula, persembahan dikir barat. Tujuan adalah untuk menyampaikan mesej berkaitan dengan dadah kepada ibubapa serta belia-belia. Kira-kira 500 orang hadir menjayakan program yang julung kali diadakan. Pada hari itu juga sebanyak 100 borang penyertaan Rakan Anti Dadah (Rada) telah diserahkan kepada AADK sebagai tanda kerjasama yang akan terjalin selepas ini. Turut hadir diprogram tersebut ialah Ketua Pegawai AADK Daerah Bachok En. Abdullah bin Ali.Terima kasih kepada agensi yang terlibat dan memberi sumbangan bagi menjayakan program tersebut.

05 December 2009

Majlis Berkhatan Perdana 2009





Majlis Berkhatan Perdana 2009 telah diadakan pada 5/12/2009 di Klinik Kesihatan Gunung. Seramai 40 kanak-kanak dikhatankan oleh 5 orang Pegawai Kesihatan Bachok. Majlis bermula jam 8.15 pagi dengan bacaan doa dan suapan pulut semangat yang dikendalikan oleh Tn. Hj. Wan Hamat Wan Jaya dan En. Ismail Ibrahim. Selepas itu kanak-kanan dimandikan dengan pancutan air oleh Pejabat Bomba dan Penyelamat Bachok. Tepat jam 9.15 pagi majlis berkhatan dimulakan.
Program ini dianjurkan sebagai penghargaan kepada ahli diatas kerja-kerja kebajikan yang dilakukan secara sukarela dikampung. Walaupun ianya nampak kecil, namun sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibubapa. Program ini akan dijadikan acara tahunan.




16 November 2009

PROGRAM GOTONG ROYONG







Pada 17/10/2009 KRT Seneng dengan kerjasama JPPK Kg. Seneng telah mengadakan gotong royong membersih kubur dan jalan dengan dibantu pihak JKR Daerah Bachok. Pihak JKR Daerah Bachok telah menyediakan grader untuk membersih kawasan kaki lima jalan. KRT Seneng dan JPPK Kg. Seneng mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.






15 September 2009

Rezeki Bulan Puasa




Beginilah rezeki bulan puasa. En. Salleh (Pak Sir) tiap-tiap hari menjual air tuak kelapa (nira) untuk menambah pendapatan bagi perbelanjaan puasa dan hari raya. Ini adalah salah satu kerja harian warga KRT Seneng selain tanam sayur-sayuran, tembikai, lada, pemungut madu lebah, ternakan lembu dan kambing, kelapa dan sebagainya.
Beliau mengusahakan sendiri (nyadat) dikebun kelapanya dan juga hasilnya dijual sendiri dikawasan sekitar ataupun mendapat tempahan awal dari penjual runcit.Jadi kalau ada yang ingin mencuba air tuak Pak Sir harap dapat ke KRT Seneng.
(Gambar Sumbangan Avalanche Radio Club)


23 August 2009

Ucapan Takziah

Seluruh warga KRT Seneng kehilangan seorang ahli SRS yang sentiasa komited dalam tugasan meronda dan kawalan kampong. Beliau yang dimaksudkan ialah En. Anuar (Pak Su Nuar) telah kembali ke Rahmatullah pada pagi 24/8/2009 (4.30 pg) kerana serangan jantung. Allahyarham merupakan ahli kumpulan SRS Zon 1.
Seluruh AJK dan warga KRT Seneng mengucapkan takziah kepada ahli keluarga semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

22 August 2009

Jejak Usahawan

PERUSAHAAN PRODUK SERAI & BAJA CACING (VERMIKOMPOS)



Kali ini dipaparkan kegigihan seorang anak muda di KRT Seneng yang mengusahakan Perusahaan Produk Serai dan Perusahaan Baja Cacing / Ternakan Cacing. Anak muda yang maksudkan ialah En. Mohd. Ashruddin bin Moinuddin. Kedua-dua perusahaan ini dijalankan dibawah Syarikat Bio Minda Solution (Baja Cacing) dan Agro Bioline Plantation (Serai).

Agro Bioline Plantation Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera tempatan menyedari potensi besar perusahaan serai ini telah mengorak langkah ke arah pengeluaran secara komersial. Syarikat ini telah mengeluarkan produk spara-siap dalam bentuk serbuk. Produk ini akan dibekalkan ke industri makanan, kesihatan dan kecantikan.

Pokok Serai (cymbopogon citratus) ini akan diperolehi dikawasan sekitar termasuk Pasir Puteh, Jeli, Tumpat, Tanah Merah dan Jerteh.

Syarikat telah mewujudkan ladang peserta dengan membekalkan kepada penanam benih dan baja. Purata 1 ekar diperolehi sebanyak 15 tan. Baja dan benih anggaran kos RM2,800.00 satu ekar dan beli balik dari 80 sen hingga RM1.20 sekilo. Sekarang ini terdapat 18 orang peserta dan akan dipertingkatkan dari masa kesemasa.
Setakat ini sampel produk spara-siap serai telah dihantar ke Jerman bagi tujuan ujian. Jika berjaya pihak syarikat di Jerman memerlukan 5 tan sebulan.
Selain daripada Serai, beliau juga telah mengeluarkan Baja Cacing (vermikompos) dan Air Cacing (vermi tea) daripada ternakan cacing yang diusahakan di ladangnya. Dapat mengeluar sebanyak 15 tan sebulan. Harga borong ialah RM2.00 sekilo dan Harga Runcit 3 kilo RM10.00.

Oleh yang demikian, peluang untuk maju dalam bidang penternakan cacing secara komersial ini amat cerah memandangkan masih kurang pesaing. Projek ini juga tidak memerlukan penggunaan teknologi yang mahal tetapi berpotensi memberi pulangan yang lumayan.

Pasaran projek ini semakin berkembang. Sehubungan dengan itu, peluang untuk berjaya dan maju amt cerah. Ini telah terbukti di negara jiran kita iaitu Indonesia. Projek ini juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
Pada 20/8/2009 rombongan seramai 8 orang pegawai dari Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah datang membuat lawatan untuk melihat sejauhmana berjayanya Perusahaan Produk Serai dan Perusahaan Baja Cacing/Ternakan Cacing yang diusahakan oleh En. Mohd. Ashruddin.
Untuk Keterangan Lanjut Sila hubungi :
EN. MOHD. ASHRUDDIN BIN MOINUDDIN
Pengurus
BIO MINDA SOLUTION (Baja Cacing)
AGRO BIOLINE PLANTATION (Serai)
013-9398188
Kg. Seneng, Jelawat,
Bachok, Kelantan.

09 August 2009

Sekapor Sireh daripada Pengerusi

Assalamualaikum, Salam Perpaduan dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya memanjat kesyukuran kehadrat Illahi kerana berkesempatan untuk menyampaikan sedikit maklumat didalam ruang ini.
Beberapa program telah diatur menjelang tahun 2010 ini. Program SRS disusun semula bagi memberi kesedaran kepada penduduk kampung. Pada permulaan satu jamuan silaturahim diadakan sebagai tanda ingatan antara AJK dengan warga SRS dan penduduk. Majlis barbeQ ayam diadakan. Selain itu juga berbagai rancangan aktiviti akan dilaksanakan mengikut peruntukan yang ada. Antaranya sukan perpaduan, latihan kecergasan untuk anggota SRS (permainan paintball dengan kerjasama PIBG SK Seneng), dll. Sekian, terima kasih.

Mac 2010


SENARAI PEMEGANG RADIO SRS





Banyak manafaat apabila menggunakan Radio SRS. Dapat berhubungan dengan begitu jelas sekali melalui frekuansi 143.985. Membantu dalam tugasan rondaan.

1. SN01 - MOHD. AMIDI AB. RAZAK (Pengerusi)
2. SN02 - ZAKARIA YUSOFF (Timb. Pengerusi)
3. SN03 - TG. AZMI RAJA ISMAIL (Setiausaha)
4. SN04 - SUHAILAN CHE MAN (Bendahari)
5. SN05 -
WAN MUSTAPA WAN JAYA (Ketua Komunikasi/Radio)
6. SN06 - SARIF SAMAT
7. SN07 - YUSRI MAT NAWI (Ketua Bilik Gerakan)
8. SN08 - TG. KHAIRUL RAJA ISMAIL
9. SN09 - MAT ARIF
10. SN10 - MAT ROPI CHE MOOD (Ketua Rondaan)
11. SN11 - MOHAMAD IBRAHIM
(Ketua SRS)
12. SN12 - SABRI MAT SIDEK
13. SN13 - tidak aktif
14. SN14 - ALUDI
15. SN15 - RUS HASSAN
16. SN16 - tidak aktif
17. SN17 - MOHD. NOOR
18. SN18 - WAN MOHD. NOOR
19. SN19 - MOHD. RAHIMI
20. SN20 - tidak aktif


Tahniah kepada 3 anggota SRS KRT Seneng yang telah lulus Peperiksaan Radio Amatur (RAE) 1/2009 yang telah diadakan pada Jun 2009 baru-baru ini. Ketiga-tiga mereka ialah En. Yusri bin Mat Nawi (9W2YMN) En. Mat Ropi bin Che Mood (9W2PYI) dan En. Aludi (9W2UDI). Tahniah juga kepada tenaga pengajar yang bertungkus lumus memberi ilmu dalam menghadapi peperiksaan radio amatur. Semoga luas terbangan keudara. Tahniah.

Pada 16/12/2009 seramai empat orang ahli SRS KRT Seneng telah menduduki Peperiksaan Radio Amatur (RAE) 2/2009 di Pulau Wan Man, Terengganu. Mereka adalah En. Amidi Pengerusi KRT Seneng, En. Rus Hassan, En. Sharif dan En. Md. Noor. Semoga memperolehi kejayaan.

Terima kasih kepada semua yang turut serta dalam rombongan ke Kuala Terengganu terutama ahli Kelab Averlance.
Keputusan RAE 2/2009
En. Amidi dan En. Rus Hassan telah lulus dalam peperiksaan tersebut. Kepada yang tidak berjaya diharap dapat mencuba lagi dimasa hadapan.





LAPORAN RONDAAN SRS

9/8/2009 (Ahad)

Pada jam 4.00 pg. anggota rondaan SRS telah mengejar sebuah motokar Perodua Kancil dan berjaya menahan kenderaan tersebut. Suspek seramai 2 orang berjaya melarikan diri. Setelah menyiasat kenderaan tersebut, didapati suspek telah mencuri 11 guni makanan ayam. Kenderaan dan bahan curi telah diserahkan kepada PDRM Bachok.

Ini merupakan kes curi dan tangkapan yang terbesar pernah dicapai oleh SRS KRT Seneng. Tahniah kepada Ketua Ronda iaitu Mat Ropi bin Che Mood. Anggota SRS KRT Seneng sentiasa dalam keadaan siap bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

01 August 2009

Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KRT



Majlis Penyerahan Bendera oleh Pengarah JPNIN Kelantan sempena Pertandingan Kibar Jalur Gemilang
di Pusat Perpaduan, Tumpat, Kelantan









KRT Seneng telah menyertai Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KRT sempena bulan kemerdekaan. Tujuan utama ialah untuk memupuk sikap kerjasama dan perpaduan serta penglibatan dikalangan ahli di kawasan rukun tetangga. Sehingga tamat persiapan KRT Seneng hanya dapat menyiapkan seperti gambar-gambar diatas. Ini sahaja yang dapat dipersembahkan untuk penyertaan.

Walau bagaimanapun syukur Alhamdulillah kerana KRT Seneng berada dalam 5 KRT terbaik di Daerah Bachok disamping KRT Pauh Lima, KRT Rusa, KRT Sungai Dua dan KRT Telok Mesira.

Pada 20/8/2009 pihak Panel Penilaian terdiri daripada En. Wan Ahmad Jazlan bin Wan Ab. Rahman (Maktab Perguruan), En. Shahabuddin bin Deraman (JBS), En. Hasim bin Mohamad (JPNIN) dan Masitah bt. Haris (JPNIN) telah hadir untuk menilai dan memberi markah bagi tujuan pertandingan.


Pemenang akan menerima hadiah pada Majlis Meraikan Bulan Kemerdekaan dan Penyampian Hadiah Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Rukun Tetangga Negeri Kelantan 2009 pada 29/8/2009 bertempat di Kelantan Trade Centre, jalan Bayam, Kota Bharu jam 4.30 petang. Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Dato' Mustapa bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Disamping itu Majlis Berbuka Puasa juga diadakan.

25 July 2009

Lawatan Integrasi / Homestay ke Sarawak

Di Lapangan Terbang Sibu

Ketika berada dalam pesawat MAS


Lawatan dan tinggal di Rumah Panjang sewaktu sambutan Hari Gawai Dayak


Tarian menyambut tetamu oleh Kaum Iban di Rumah Panjang Aji, Mukah


Majlis Perasmian dan Sambutan Peserta Lawatan/Homestay di Pekan Balingian, Mukah, Sarawak


Salah satu acara sempena lawatan

Pengerusi KRT Seneng bersama keluarga angkat di Balingian, Sibu, Sarawak


Pengerusi KRT Seneng bersama peserta dari Kelantan yang menghadiri lawatan


Pada 17/6/2009 hingga 21/6/2009, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Malaysia telah mengadakan Lawatan Integrasi / Homestay selama 5 hari di Mukah, Sarawak. Seramai 80 orang dari KRT seluruh Malaysia telah menyertai lawatan ini. Dari Kelantan seramai 4 orang peserta iaitu terdiri dari En. Amidi bin Ab. Razak - Pengerusi KRT Seneng, Bachok, Hj. Mohamad bin Razali - Setiausaha KRT Tanjung Chat, Kota Bharu, En. Razali - Pengerusi KRT Taman Berlian, KB dan seorang Ketua Jiran Wanita, KRT Kota Bharu.
Peserta lawatan telah tinggal bersama keluarga angkat di Kg. Masjid, Balingian, Mukah, Sarawak. Untuk sampai di sana peserta lawatan telah menaiki bot ekspress selama 2 jam dari Sibu ke Pekan Ijan dan menaiki bas selama 2 jam ke Kg. Masjid. Pelbagai aturcara disediakan untuk mengeratkan perpaduan diantara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Peserta lawatan juga sempat bermalam di Rumah Panjang Aji di Mukah sempena Penutup Hari Gawai Dayak 2009. Pelbagai adat resam dan kebudayaan orang Iban dapat dilihat.

18 June 2009

Gotong Royong Membersih Kubur




Pada hari Jumaat 19 Jun 2009, KRT Seneng telah menganjurkan aktiviti membersih Kubor Seneng, beberapa orang ahli KRT seneng telah menjayakan aktiviti membersih kubor, yang menjadi amalan oleh penduduk kampung sejak turun temurun... aktiviti kebajikan adalah penting bagi mempastikan kawasan perkuburan sentiasa bersih, melalui aktiviti ini juga dapat mengekal trdisi gotong royong di kalang penduduk dan mengekal semangat perpaduan.

PROJEK NANGKA MADU BERKELOMPOK KRT SENENG

 KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...