13 July 2010

Malam Demam Piala Dunia 2010







Bagi memeriahkan suasana perlawanan akhir Piala Dunia 2010, pada jam 2.30 pagi 12/7/2010 KRT Seneng telah mengadakan tayangan skrin gergasi berhampiran pondok kawalan SRS. Ini memberi peluang kepada peminat bolasepak untuk menonton beramai-ramai. Pihak AJK telah menyediakan hamper bagi menarik penonton untuk bersama-sama menonton perlawanan akhir sehingga kepagi. Disamping itu pihak AJK juga menyediakan makanan ringan untuk menghindar daripada mengantuk. Program sebegini sentiasa diadakan sempena kejohanan besar seperti Euro Cup, Copa dan lain-lain kejohanan yang prestij. Sebenarnya penayangan di skrin gergasi ini bermula pada perlawanan separuh akhir. Kebanyakan peminat bolasepak menyarankan agar program sebegini diadakan setiap masa bagi merapatkan perpaduan dikalangan penduduk setempat.

Majlis Sambutan Israq dan Mikraj

Pada 11/4/2010 KRT Seneng telah mengadakan Majlis Israq dan Mikraj bertempat di Madrasah Seneng Tengah. Penceramah jemputan ialah Tn. Hj. Ismail dari Kg. Keting, Bachok. Majlis ini diadakan dengan kerjasama JPPK Seneng dan AJK Madrasah. Seramai 80 penduduk sekitar telah hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Majlis bermula dengan Sembahyang Maghrib berjemaan dan diteruskan dengan ceramah Israq dan Mikraj. Selepas ceramah selesai diteruskan dengan Sembahyang Isyak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan malam.

06 July 2010

Laporan SRS Bulan Julai 2010

Pada 5/7/2010 satu laporan polis telah dibuat oleh warga KRT Seneng yang kehilangan kenderaan Jenis VIVA warna Merah setelah rumah beliau dimasuki pencuri. Setelah makluman dibuat kepada Ketua SRS Seneng, Mat Ropi Che Mood, satu operasi mencari diadakan. Beberapa maklumat diperolehi dan berjaya mengesan kenderaan tersebut. Walau bagaimanapun pada waktu malam kenderaan tersebut telah dibawa keluar dari tempat persembunyian dan keesokan hari iaitu pada 6/7/2010 maklumat kenderaan tersebut didapati dan disorok didalam hutan.
Anggota SRS KRT Seneng mendapatkan bantuan daripada KRT Gunung, Badak Mati, Alor Ganu, Beris Kubur Besar serta penduduk sekitar untuk membuat kepungan dan perangkap untuk menjejaki saspek yang melarikan kenderaan tersebut. Walau bagaimanapun saspek tidak muncul dan kenderaan tersebut telah diserahkan kepada IPD Bachok untuk tindakan selanjutnya.
Sehubungan itu, pemilik kenderaan tersebut mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat sehingga kenderaan dapat dijumpai semula.

Laporan SRS Bulan Jun 2010

Pada 21/6/2010 anggota SRS KRT Seneng dengan kerjasama dengan KRT Gunung, Badak Mati telah membuat serbuan ditempat penyimpanan kenderaan curi di kawasan Kg. Gelung Badak. Anggota SRs telah dapat menahan seorang saspek dan diserahkan kepada PDRM Bachok. Tiga kerangka motosikal yang disyaki dicuri juga turut dijumpai. Laporan telah dibuat di IPD Bachok untuk tindakan selanjutnya.

PROJEK NANGKA MADU BERKELOMPOK KRT SENENG

 KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...