20 January 2008

Laporan Aktiviti 2008

MAJLIS PERASMIAN KRT SENENG

Majlis tersebut telah berlangsung pada 15hb Februari 2008 bertempat di dewan SK Seneng, jam 3.30 petang.

Majlis yang julung-julung kali diadakan telah mendapat sambutan penuh meriah daripada 400 penduduk. yang melibatkan 3 buah kampung dalam KRT Seneng, iaitu Kampung Seneng, Kampung Gelong Badak, Kampung Alor Pulai.

Majlis telah di rasmikan oleh YABrs Tn Haji Abdul Hadi b Mohd Salleh, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan, turut hadiri ialah Penolong Ketua Jajahan Bachok , Wakil Ketua Polis Daerah Bachok, Ustaz Nordin b Che Hussin, Timbalan Pengerusi JK Penyelaras KRT Daerah Bachok, Pengerusi-pengerusi KRT Daerah Bachok,
pegawai-pegawai dari JPNIN, Negeri Kelantan.

Kehadiran tuan pengarah di sambut dengan perarakan motosikal klasik, bunga manggar dan Pulut semangat, serta persembahan silat pulut, oleh ahli-ahli KRT seneng.

Sempena majlis berkenaan juga, Tuan pengarah melancarkan laman Web KRT seneng ini. merupakan KRT yang pertama di daerah bachok yang mepunyai laman web sendiri.

Para tetamu di hidang dengan gulai kawah dan air nira kelapa, yang di masak secara bergotong royong oleh ahli-ahli KRT Seneng. 2 ekor lembu di sembelih sempena majlis tersebut.



Gotong royong memotong daging untuk masakan gulai kawah




Ketibaan Pengarah JPNIN di sambut dengan perarakan motosikal klasik, Bunga Manggar

dan pulut semangat









Persembahan seni silat tari menyambut ketibaan tetamu




Def jemputan




Sebahagian dari tetamu dan penduduk KRT seneng yang hadir





Penyerahan Surat Warta Penubuhan KRT Seneng oleh Tuan Pengarah kepada

Pengerusi KRT seneng , En amidi

Pulut Semangat menjadi Cenderahati kepada para Def Jemputan







Mesyuarat AJK 21 Januari 2008



Para AJK sedang rancak bermesyuarat di Balai raya Kampung Seneng


No comments:

PROJEK NANGKA MADU BERKELOMPOK KRT SENENG

 KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...