13 July 2011

HIMPUNAN JIRAN MUDA

Pada 29/5/2011 satu perjumpaan jiran muda sebagai belia di KRT Seneng bagi membincangkan aktiviti belia. Program ini diadakan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Belia Bachok, Pegawai AADK Bachok dan Penyelaras MAYC Kelantan YBhg. Dato' Hj. Ilias bin Hj. Hussin. Mendapat sambutan dari kalangan jiran muda KRT Seneng.

CERAMAH KESELAMATAN



Pada 1/5/2011 bertempat di Sek. Keb. Seneng jam 9.00 malam satu ceramah mengenai keselamatan negara telah diadakan. Majlis ini dianjurkan oleh PDRM dengan kerjasama KRT Seneng. Para penceramah terdiri daripada pegawai PDRM dari Bukit Aman dan IPK Kelantan. Seramai 300 orang telah menghadiri ceramah tersebut. Cabutan nombor bertuah juga diadakan. Sebanyak 40 hamper disediakan.

PROJEK NANGKA MADU BERKELOMPOK KRT SENENG

 KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...