22 August 2009

Jejak Usahawan

PERUSAHAAN PRODUK SERAI & BAJA CACING (VERMIKOMPOS)



Kali ini dipaparkan kegigihan seorang anak muda di KRT Seneng yang mengusahakan Perusahaan Produk Serai dan Perusahaan Baja Cacing / Ternakan Cacing. Anak muda yang maksudkan ialah En. Mohd. Ashruddin bin Moinuddin. Kedua-dua perusahaan ini dijalankan dibawah Syarikat Bio Minda Solution (Baja Cacing) dan Agro Bioline Plantation (Serai).

Agro Bioline Plantation Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera tempatan menyedari potensi besar perusahaan serai ini telah mengorak langkah ke arah pengeluaran secara komersial. Syarikat ini telah mengeluarkan produk spara-siap dalam bentuk serbuk. Produk ini akan dibekalkan ke industri makanan, kesihatan dan kecantikan.

Pokok Serai (cymbopogon citratus) ini akan diperolehi dikawasan sekitar termasuk Pasir Puteh, Jeli, Tumpat, Tanah Merah dan Jerteh.

Syarikat telah mewujudkan ladang peserta dengan membekalkan kepada penanam benih dan baja. Purata 1 ekar diperolehi sebanyak 15 tan. Baja dan benih anggaran kos RM2,800.00 satu ekar dan beli balik dari 80 sen hingga RM1.20 sekilo. Sekarang ini terdapat 18 orang peserta dan akan dipertingkatkan dari masa kesemasa.
Setakat ini sampel produk spara-siap serai telah dihantar ke Jerman bagi tujuan ujian. Jika berjaya pihak syarikat di Jerman memerlukan 5 tan sebulan.
Selain daripada Serai, beliau juga telah mengeluarkan Baja Cacing (vermikompos) dan Air Cacing (vermi tea) daripada ternakan cacing yang diusahakan di ladangnya. Dapat mengeluar sebanyak 15 tan sebulan. Harga borong ialah RM2.00 sekilo dan Harga Runcit 3 kilo RM10.00.

Oleh yang demikian, peluang untuk maju dalam bidang penternakan cacing secara komersial ini amat cerah memandangkan masih kurang pesaing. Projek ini juga tidak memerlukan penggunaan teknologi yang mahal tetapi berpotensi memberi pulangan yang lumayan.

Pasaran projek ini semakin berkembang. Sehubungan dengan itu, peluang untuk berjaya dan maju amt cerah. Ini telah terbukti di negara jiran kita iaitu Indonesia. Projek ini juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
Pada 20/8/2009 rombongan seramai 8 orang pegawai dari Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah datang membuat lawatan untuk melihat sejauhmana berjayanya Perusahaan Produk Serai dan Perusahaan Baja Cacing/Ternakan Cacing yang diusahakan oleh En. Mohd. Ashruddin.
Untuk Keterangan Lanjut Sila hubungi :
EN. MOHD. ASHRUDDIN BIN MOINUDDIN
Pengurus
BIO MINDA SOLUTION (Baja Cacing)
AGRO BIOLINE PLANTATION (Serai)
013-9398188
Kg. Seneng, Jelawat,
Bachok, Kelantan.

No comments:

PROJEK NANGKA MADU BERKELOMPOK KRT SENENG

 KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...