23 August 2009

Ucapan Takziah

Seluruh warga KRT Seneng kehilangan seorang ahli SRS yang sentiasa komited dalam tugasan meronda dan kawalan kampong. Beliau yang dimaksudkan ialah En. Anuar (Pak Su Nuar) telah kembali ke Rahmatullah pada pagi 24/8/2009 (4.30 pg) kerana serangan jantung. Allahyarham merupakan ahli kumpulan SRS Zon 1.
Seluruh AJK dan warga KRT Seneng mengucapkan takziah kepada ahli keluarga semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

22 August 2009

Jejak Usahawan

PERUSAHAAN PRODUK SERAI & BAJA CACING (VERMIKOMPOS)



Kali ini dipaparkan kegigihan seorang anak muda di KRT Seneng yang mengusahakan Perusahaan Produk Serai dan Perusahaan Baja Cacing / Ternakan Cacing. Anak muda yang maksudkan ialah En. Mohd. Ashruddin bin Moinuddin. Kedua-dua perusahaan ini dijalankan dibawah Syarikat Bio Minda Solution (Baja Cacing) dan Agro Bioline Plantation (Serai).

Agro Bioline Plantation Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera tempatan menyedari potensi besar perusahaan serai ini telah mengorak langkah ke arah pengeluaran secara komersial. Syarikat ini telah mengeluarkan produk spara-siap dalam bentuk serbuk. Produk ini akan dibekalkan ke industri makanan, kesihatan dan kecantikan.

Pokok Serai (cymbopogon citratus) ini akan diperolehi dikawasan sekitar termasuk Pasir Puteh, Jeli, Tumpat, Tanah Merah dan Jerteh.

Syarikat telah mewujudkan ladang peserta dengan membekalkan kepada penanam benih dan baja. Purata 1 ekar diperolehi sebanyak 15 tan. Baja dan benih anggaran kos RM2,800.00 satu ekar dan beli balik dari 80 sen hingga RM1.20 sekilo. Sekarang ini terdapat 18 orang peserta dan akan dipertingkatkan dari masa kesemasa.
Setakat ini sampel produk spara-siap serai telah dihantar ke Jerman bagi tujuan ujian. Jika berjaya pihak syarikat di Jerman memerlukan 5 tan sebulan.
Selain daripada Serai, beliau juga telah mengeluarkan Baja Cacing (vermikompos) dan Air Cacing (vermi tea) daripada ternakan cacing yang diusahakan di ladangnya. Dapat mengeluar sebanyak 15 tan sebulan. Harga borong ialah RM2.00 sekilo dan Harga Runcit 3 kilo RM10.00.

Oleh yang demikian, peluang untuk maju dalam bidang penternakan cacing secara komersial ini amat cerah memandangkan masih kurang pesaing. Projek ini juga tidak memerlukan penggunaan teknologi yang mahal tetapi berpotensi memberi pulangan yang lumayan.

Pasaran projek ini semakin berkembang. Sehubungan dengan itu, peluang untuk berjaya dan maju amt cerah. Ini telah terbukti di negara jiran kita iaitu Indonesia. Projek ini juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
Pada 20/8/2009 rombongan seramai 8 orang pegawai dari Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah datang membuat lawatan untuk melihat sejauhmana berjayanya Perusahaan Produk Serai dan Perusahaan Baja Cacing/Ternakan Cacing yang diusahakan oleh En. Mohd. Ashruddin.
Untuk Keterangan Lanjut Sila hubungi :
EN. MOHD. ASHRUDDIN BIN MOINUDDIN
Pengurus
BIO MINDA SOLUTION (Baja Cacing)
AGRO BIOLINE PLANTATION (Serai)
013-9398188
Kg. Seneng, Jelawat,
Bachok, Kelantan.

09 August 2009

Sekapor Sireh daripada Pengerusi

Assalamualaikum, Salam Perpaduan dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya memanjat kesyukuran kehadrat Illahi kerana berkesempatan untuk menyampaikan sedikit maklumat didalam ruang ini.
Beberapa program telah diatur menjelang tahun 2010 ini. Program SRS disusun semula bagi memberi kesedaran kepada penduduk kampung. Pada permulaan satu jamuan silaturahim diadakan sebagai tanda ingatan antara AJK dengan warga SRS dan penduduk. Majlis barbeQ ayam diadakan. Selain itu juga berbagai rancangan aktiviti akan dilaksanakan mengikut peruntukan yang ada. Antaranya sukan perpaduan, latihan kecergasan untuk anggota SRS (permainan paintball dengan kerjasama PIBG SK Seneng), dll. Sekian, terima kasih.

Mac 2010


SENARAI PEMEGANG RADIO SRS





Banyak manafaat apabila menggunakan Radio SRS. Dapat berhubungan dengan begitu jelas sekali melalui frekuansi 143.985. Membantu dalam tugasan rondaan.

1. SN01 - MOHD. AMIDI AB. RAZAK (Pengerusi)
2. SN02 - ZAKARIA YUSOFF (Timb. Pengerusi)
3. SN03 - TG. AZMI RAJA ISMAIL (Setiausaha)
4. SN04 - SUHAILAN CHE MAN (Bendahari)
5. SN05 -
WAN MUSTAPA WAN JAYA (Ketua Komunikasi/Radio)
6. SN06 - SARIF SAMAT
7. SN07 - YUSRI MAT NAWI (Ketua Bilik Gerakan)
8. SN08 - TG. KHAIRUL RAJA ISMAIL
9. SN09 - MAT ARIF
10. SN10 - MAT ROPI CHE MOOD (Ketua Rondaan)
11. SN11 - MOHAMAD IBRAHIM
(Ketua SRS)
12. SN12 - SABRI MAT SIDEK
13. SN13 - tidak aktif
14. SN14 - ALUDI
15. SN15 - RUS HASSAN
16. SN16 - tidak aktif
17. SN17 - MOHD. NOOR
18. SN18 - WAN MOHD. NOOR
19. SN19 - MOHD. RAHIMI
20. SN20 - tidak aktif


Tahniah kepada 3 anggota SRS KRT Seneng yang telah lulus Peperiksaan Radio Amatur (RAE) 1/2009 yang telah diadakan pada Jun 2009 baru-baru ini. Ketiga-tiga mereka ialah En. Yusri bin Mat Nawi (9W2YMN) En. Mat Ropi bin Che Mood (9W2PYI) dan En. Aludi (9W2UDI). Tahniah juga kepada tenaga pengajar yang bertungkus lumus memberi ilmu dalam menghadapi peperiksaan radio amatur. Semoga luas terbangan keudara. Tahniah.

Pada 16/12/2009 seramai empat orang ahli SRS KRT Seneng telah menduduki Peperiksaan Radio Amatur (RAE) 2/2009 di Pulau Wan Man, Terengganu. Mereka adalah En. Amidi Pengerusi KRT Seneng, En. Rus Hassan, En. Sharif dan En. Md. Noor. Semoga memperolehi kejayaan.

Terima kasih kepada semua yang turut serta dalam rombongan ke Kuala Terengganu terutama ahli Kelab Averlance.
Keputusan RAE 2/2009
En. Amidi dan En. Rus Hassan telah lulus dalam peperiksaan tersebut. Kepada yang tidak berjaya diharap dapat mencuba lagi dimasa hadapan.





LAPORAN RONDAAN SRS

9/8/2009 (Ahad)

Pada jam 4.00 pg. anggota rondaan SRS telah mengejar sebuah motokar Perodua Kancil dan berjaya menahan kenderaan tersebut. Suspek seramai 2 orang berjaya melarikan diri. Setelah menyiasat kenderaan tersebut, didapati suspek telah mencuri 11 guni makanan ayam. Kenderaan dan bahan curi telah diserahkan kepada PDRM Bachok.

Ini merupakan kes curi dan tangkapan yang terbesar pernah dicapai oleh SRS KRT Seneng. Tahniah kepada Ketua Ronda iaitu Mat Ropi bin Che Mood. Anggota SRS KRT Seneng sentiasa dalam keadaan siap bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

01 August 2009

Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KRT



Majlis Penyerahan Bendera oleh Pengarah JPNIN Kelantan sempena Pertandingan Kibar Jalur Gemilang
di Pusat Perpaduan, Tumpat, Kelantan









KRT Seneng telah menyertai Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KRT sempena bulan kemerdekaan. Tujuan utama ialah untuk memupuk sikap kerjasama dan perpaduan serta penglibatan dikalangan ahli di kawasan rukun tetangga. Sehingga tamat persiapan KRT Seneng hanya dapat menyiapkan seperti gambar-gambar diatas. Ini sahaja yang dapat dipersembahkan untuk penyertaan.

Walau bagaimanapun syukur Alhamdulillah kerana KRT Seneng berada dalam 5 KRT terbaik di Daerah Bachok disamping KRT Pauh Lima, KRT Rusa, KRT Sungai Dua dan KRT Telok Mesira.

Pada 20/8/2009 pihak Panel Penilaian terdiri daripada En. Wan Ahmad Jazlan bin Wan Ab. Rahman (Maktab Perguruan), En. Shahabuddin bin Deraman (JBS), En. Hasim bin Mohamad (JPNIN) dan Masitah bt. Haris (JPNIN) telah hadir untuk menilai dan memberi markah bagi tujuan pertandingan.


Pemenang akan menerima hadiah pada Majlis Meraikan Bulan Kemerdekaan dan Penyampian Hadiah Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Rukun Tetangga Negeri Kelantan 2009 pada 29/8/2009 bertempat di Kelantan Trade Centre, jalan Bayam, Kota Bharu jam 4.30 petang. Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Dato' Mustapa bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Disamping itu Majlis Berbuka Puasa juga diadakan.

PROJEK NANGKA MADU BERKELOMPOK KRT SENENG

 KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...