24 December 2011

Majlis Asyura 1 Malaysia KRT Seneng 2011





25 disember 2012-KRT Seneng secara bergotong royong telah memasak 7 kawah bubur asyura, sebagai aktiviti kemasyarakatan 2011. aktiviti yang menggabungkan jiran muda dan jiran warga emas di samping jiran wanita ini, di sambut meriah oleh semua warga penduduk bagi menjayakan aktiviti tahunan yang merupakan amalan mulia di bulan muharam ini.

13 August 2011

Majlis Berbuka Puasa KRT Seneng




13 Ogos 2011 bersamaan 13 Ramadhan KRT Seneng dengan kerjsama JKKP Seneng, telah mengadakan Majlis berbuka puasa, Majlis ini telah mendapat sambutan meriah dikalangan penduduk, kehadiran melebihi 250 orang,

Program dimulakan dengan acara gotong-royong menyembelih lembu, memotong daging dan menyediakan juadah di Madrasah Hj Tuan Mat. Majlis ini telah dihadiri oleh En Hanif , Pegawai Perpaduan Daerah. Satu Ceramah Ihya Ramadhan juga telah disampaikan oleh Ust Ilham, Pegawai Agama dari Jabatan Penjara, Kelantan, sementara menuggu waktu berbuka.



Ramah Mesra bersama Timbalan Menteri Kewangan

Dato' Dr Awang Adek Hj Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, telah mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama Penduduk dalam KRT Seneng, program ini telah dapat mengeratkan lagi hubungan Pemimpin bersama rakyat,. Usaha ini telah dapat meningkatkan kerjsama dan perpaduan di kalangan penduduk.

13 July 2011

HIMPUNAN JIRAN MUDA

Pada 29/5/2011 satu perjumpaan jiran muda sebagai belia di KRT Seneng bagi membincangkan aktiviti belia. Program ini diadakan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Belia Bachok, Pegawai AADK Bachok dan Penyelaras MAYC Kelantan YBhg. Dato' Hj. Ilias bin Hj. Hussin. Mendapat sambutan dari kalangan jiran muda KRT Seneng.

CERAMAH KESELAMATAN



Pada 1/5/2011 bertempat di Sek. Keb. Seneng jam 9.00 malam satu ceramah mengenai keselamatan negara telah diadakan. Majlis ini dianjurkan oleh PDRM dengan kerjasama KRT Seneng. Para penceramah terdiri daripada pegawai PDRM dari Bukit Aman dan IPK Kelantan. Seramai 300 orang telah menghadiri ceramah tersebut. Cabutan nombor bertuah juga diadakan. Sebanyak 40 hamper disediakan.

PROJEK NANGKA MADU BERKELOMPOK KRT SENENG

 KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...