20 November 2010

Laporan SRS Bulan November 2010

Memandangkan sekarang ini musim tengkujuh, pengurusan KRT Seneng menetapkan hanya pada malam Jumaat dan Sabtu sahaja bertugas mengawal dan rondaan. Pada malam-malam lain hanya standby di pos kawalan.
Laporan Kes
13/11/2010
Jam 7.30 malam menerima maklumat bahawa ada kenderaan membawa masuk kabel telekom untuk dibakar dikawasan hutan kecil. Mengumpul ahli SRS serta SRS kawasan sekitar dan hubungi pihak telekom. Membuat serbuan keatas suspek pencuri kabel telekom dikawasan hutan kecil. Berjaya menahan sebuah motosikal dan suspek berkaya melarikan diri dengan sebuah kenderaan. Operasi ini disertai oleh kakitangan telekom. Berjaya mengesan kenderaan berkaitan. Hubungi PDRM Bachok. Jam 4.00 pagi berjaya menahan suspek dirumah kediamannya di Alor Pulai. Pihak PDRM membawa suspek ke IPD Bachok untuk tindakan selanjutnya.
17/11/2010
Jam 8.00 malam menerima maklumat bahawa ada sebuah kenderaan mencurigakan dikawasan tali air. Mengumpul ahli SRS dan membuat intipan dan berjaya mengesan suspek sedang menjual dadah. Membuat serbuan dan berjaya menahan 1 orang suspek. 1 orang lagi berjaya melarikan diri. Setelah membuat pemeriksaan menjumpai dadah jenis heroin, pil kuda, syabu dan air ketum. Menghubungi Bahagian Narkotik IPD Bachok. PDRM membawa suspek ke IPD Bachok bersama sebuah kereta dan motosikal untuk tindakan selanjutnya.
Selaku Pengerusi KRT Seneng saya mengucapkan ucapan penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dalam membantu pihak berkuasa dalam menangani masalah jenayah.

29 August 2010

MAJLIS MAKE COLEK KERE DAN SUMBANGAN KURMA










Pada 28/8/2010 KRT Seneng telah mengadakan Majlis Make Colek Kere di Pos Kawalan SRS. Pihak Jawatankuasa telah mengadakan 70 kilo kerang dan dimasak secara beramai-ramai. Majlis ini diadakan bagi memberi penghargan kepada ahli SRS dan juga warga KRT Seneng diatas kerjasama yang diberikan selama ini.

Disamping itu juga diawal bulan Ramadan, pihak Jawatankuasa KRT Seneng telah menyumbangkan kurma kepada ahli SRS. Ini adalah tanda ingatan kepada ahli SRS

PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG







KRT Seneng tidak ketinggalan dalam Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Rukun Tetangga Negeri Kelantan 2010. Memandangkan dalam bulan puasa persiapan tidaklah begitu memberangsangkan. Walau bagai manapun persiapan tetap diadakan dikawasan pos kawalan SRS.

04 August 2010

CERAMAH 'IHYA RAMADHAN












KRT Seneng telah mengadakan Ceramah 'Ihya Ramadhan pada 7/8/2010 jam 9.00 malam bertempat di Dataran SK Seneng, Jelawat, Bachok, Kelantan sempena menyambut bulan Ramadhan. Ianya bagi memberi kesedaran atau penghayatan sebenar kepada warga KRT Seneng. Seramai 150 warga KRT Seneng telah hadir pada majlis tersebut.

Penceramah :
1. Ybhg. Ustaz Mohd. Sanusi bin Awang Hassan - Bekas Pensyarah UITM
2. Ybhg. Ustaz Ab. Razak bin Mat Daud

Disamping itu Pn. Fazilawati bt. Ibrahim, Pen. Peg. Perpaduan Daerah Bachok juga hadir pada majlis tersebut.

13 July 2010

Malam Demam Piala Dunia 2010







Bagi memeriahkan suasana perlawanan akhir Piala Dunia 2010, pada jam 2.30 pagi 12/7/2010 KRT Seneng telah mengadakan tayangan skrin gergasi berhampiran pondok kawalan SRS. Ini memberi peluang kepada peminat bolasepak untuk menonton beramai-ramai. Pihak AJK telah menyediakan hamper bagi menarik penonton untuk bersama-sama menonton perlawanan akhir sehingga kepagi. Disamping itu pihak AJK juga menyediakan makanan ringan untuk menghindar daripada mengantuk. Program sebegini sentiasa diadakan sempena kejohanan besar seperti Euro Cup, Copa dan lain-lain kejohanan yang prestij. Sebenarnya penayangan di skrin gergasi ini bermula pada perlawanan separuh akhir. Kebanyakan peminat bolasepak menyarankan agar program sebegini diadakan setiap masa bagi merapatkan perpaduan dikalangan penduduk setempat.

Majlis Sambutan Israq dan Mikraj

Pada 11/4/2010 KRT Seneng telah mengadakan Majlis Israq dan Mikraj bertempat di Madrasah Seneng Tengah. Penceramah jemputan ialah Tn. Hj. Ismail dari Kg. Keting, Bachok. Majlis ini diadakan dengan kerjasama JPPK Seneng dan AJK Madrasah. Seramai 80 penduduk sekitar telah hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Majlis bermula dengan Sembahyang Maghrib berjemaan dan diteruskan dengan ceramah Israq dan Mikraj. Selepas ceramah selesai diteruskan dengan Sembahyang Isyak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan malam.

06 July 2010

Laporan SRS Bulan Julai 2010

Pada 5/7/2010 satu laporan polis telah dibuat oleh warga KRT Seneng yang kehilangan kenderaan Jenis VIVA warna Merah setelah rumah beliau dimasuki pencuri. Setelah makluman dibuat kepada Ketua SRS Seneng, Mat Ropi Che Mood, satu operasi mencari diadakan. Beberapa maklumat diperolehi dan berjaya mengesan kenderaan tersebut. Walau bagaimanapun pada waktu malam kenderaan tersebut telah dibawa keluar dari tempat persembunyian dan keesokan hari iaitu pada 6/7/2010 maklumat kenderaan tersebut didapati dan disorok didalam hutan.
Anggota SRS KRT Seneng mendapatkan bantuan daripada KRT Gunung, Badak Mati, Alor Ganu, Beris Kubur Besar serta penduduk sekitar untuk membuat kepungan dan perangkap untuk menjejaki saspek yang melarikan kenderaan tersebut. Walau bagaimanapun saspek tidak muncul dan kenderaan tersebut telah diserahkan kepada IPD Bachok untuk tindakan selanjutnya.
Sehubungan itu, pemilik kenderaan tersebut mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat sehingga kenderaan dapat dijumpai semula.

Laporan SRS Bulan Jun 2010

Pada 21/6/2010 anggota SRS KRT Seneng dengan kerjasama dengan KRT Gunung, Badak Mati telah membuat serbuan ditempat penyimpanan kenderaan curi di kawasan Kg. Gelung Badak. Anggota SRs telah dapat menahan seorang saspek dan diserahkan kepada PDRM Bachok. Tiga kerangka motosikal yang disyaki dicuri juga turut dijumpai. Laporan telah dibuat di IPD Bachok untuk tindakan selanjutnya.

04 June 2010

KEM KEMBAR PADU ANAK MALAYSIA PERINGKAT DAERAH BACHOK
















Pada 4-7 Jun 2010 JPNIN Daerah KB/Bachok/PP menganjurkan Program Kem Kembar Padu Anak Malaysia di Permai Chalet, Bachok, Kelantan. KRT Seneng menghantar 5 orang peserta terdiri daripada anak-anak yang berumur 10-12 tahun. Pengerusi KRT Seneng mengucapkan terima kasih kerana pada tahun ini diberi penghormatan untuk menghantar anak-anak dari KRT Seneng. Semoga program ini diteruskan dimasa-masa akan datang.

21 March 2010

Majlis Mesra SRS

Pada 5/3/2010, KRT Seneng telah mengadakan Majlis Mesra SRS dengan hidangan barbeQ ayam untuk warga Seneng dan SRS. Tujuan diadakan bagi merapatkan hubungan sesama sendiri bagi menjamin kesejahtera dan perpaduan warga Kg. Seneng.

02 March 2010

Laporan SRS Mac 2010

3/3/2010 KRT Seneng - Anggota SRS bersama Pegawai AADK Daerah Bachok , telah mengadakan operasi Gempadah, operasi ini telah diadakan bermula jam 9.00 mlm hingga 4.00 pg. Anggota SRS dan Pegawai AADK mengadakan sekatan jalan dan serbuan ke tempat suspek bersembunyi. Hasil dari operasi ini 3 orang yang positif ujian air kencing telah ditahan.


1/3/2010 KRT Seneng
- Lebih kurang Jam 12.30 am anggota SRS KRT Seneng membuat serbuan keatas sebuah rumah yang disyaki ada lelaki dan perempuan warga asing (amah/pembantu rumah)dalam keadaan mencurigakan. Setelah pemilik rumah membuka pintu saspek ada menyorok dalam almari. Setelah dipaksa keluar barulah saspek tadi keluar. Tindakan memberi amaran keatas lelaki berkenaan dan pekerja amah warga Filipina dibawa oleh majikannya untuk dihantar pulang keagen. Setelah disiasat, pembantu rumah itu telah mencuri wang dan barang kemas anggaran RM7,000.00. Kes diselesaikan oleh majikannya.

Lebih kurang jam 3.00 petang satu tangkapan dibuat keatas dua saspek yang mencuri kelapa muda di Kg. Alor Pulai, Seneng. Saspek berkenaan berasal dari Beris Kubor Besar. Telah diserahkan kepada PDRM Bachok untuk tindakan selanjutnya. Pemilik kebun kelapa tersebut telah membuat repot di IPD Bachok pada hari yang sama.

Laporan SRS Feb 2010

19/2/2010 KRT Seneng - Lebih kurang Jam 2.30 am anggota SRS KRT Seneng telah menemui sebuah motosikal, di dalam Semak di tepi sawah, Penemuan motosikal ini telah dimaklumkan kepada Gerakan IPD Bachok. Lebih kurang jam 1600 pm, tuan punya menuntut motosikal tersebut dengan menunjukkan Geran asal dan pemilik motosikal mendakwa basikal tersebut telah dicuri semasa anaknya membawa motosikal tersebut ke sekolah.

Laporan SRS Jan 2010

SRS dilaksanakan seminggu 2 kali iaitu malam Jumaat dan Malam Sabtu

29 January 2010

Sejarah Nama Seneng

SEJARAH NAMA KAMPUNG SENENG

NAMA & SEJARAH KAMPUNG

Sejarah Kampung :

Mengikut sejarah, pada sekitar tahun 1840an sekumpulan keluarga Siam datang membuka penempatan di tepi sebuah alur air. Keluarga Siam ini diketuai oleh Seng Eh Neng. Mereka telah mendirikan sebuah candi dipinggir alur, yang kini hanya tinggal beberapa batang tiang sahaja. Kerja utama Seng Eh Neng ialah mencari ikan dengan menggunakan lukah yang besar yang diperbuat daripada batang dan pelepah berduri (tuau). Suatu hari Seng Eh Neng telah terjatuh ke dalam lukahnya menyebabkan beliau mati lemas. Untuk mengingati peristiwa itu dan jasanya membuka penempatan disitu, keluarganya telah menamakan kampung ini Kampung Seng Eh Neng. Tetapi oleh kerana nama Seng Eh Neng agak sukar disebut, lama-kelamaan nama Seng Eh Neng menjadi Seneng yang lebih mudah sebutannya. Nama ini kekal sehingga kini.


23 January 2010

Bengkel Pelan Tindakan Desa Bersama INFRA



Bengkel ini telah diadakan pada 22-24 Januari dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah (INFRA). Bengkel ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah, potensi dan cara mengatasi masalah dan merancang projek-projek yang mampu menjana ekonomi penduduk ke arah yang lebih berdaya saing dan maju.

Seramai lebih 40 orang penduduk hadir dan telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam program tersebut.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada tiga orang Pegawai INFRA yang hadir iaitu:-
En Saiful Nizam
En Kamarudin
Cik Rosidah


PROJEK NANGKA MADU BERKELOMPOK KRT SENENG

 KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...