10 December 2018

SAMBUTAN ULANGTAHUN KE10

Pada 8/12/2018 KRT Seneng telah menyambut ulangtahun ke10 bertempat di SK Seneng . Dirasmikan oleh YAbrs Tuan Hj Nik Mohamed Noor bin Nik Ishak,  Ketua Jajahan Bachok. Turut hadir YAbrs Puan Norwahidah bt Zainalibdin, Pengarah JPNIN Kelantan. Pelbagai acara diadakan seperti Sukan Rakyat, Pertandingan Karaoke, Pertandingan Biri2, Pameran AADK, JPJ, SPR, derma Darah, Jamuan gulai kawah dan kueh berasaskan ubi kayu, pertunjukan lembu sador, permainan bolasepak kain pelikat, dll

15 October 2018

PERTANDINGAN KAROM JIRAN MUDA

Pertandingan karom tertutup KRT Seneng telah diadakan pada 8/10/2018 bertempat di Pusat Aktiviti KRT Seneng. Aktiviti ini adalah untuk Jiran Muda. Hadiah disampaikan oleh En. Mohd. Amidi bin Abdul Razak, Pengerusi KRT Seneng

MESYUARAT AJK KRT SENENG BIL 5/2018

M
Mesyuarat AJK KRT Seneng telah diadakan pada 3/10/2018 jam 9.00 malam bertempat di Kedai Makan Kamal Seneng. Turut hadir En. Mazlan bin Dollah, PPPD Bachok

PROJEK NANGKA MADU BERKELOMPOK KRT SENENG

 KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...