14 September 2013

MESYUARAT AJK BIL. 1/2013

Pada 4/9/2013 Mesyaurat AJK / penduduk KRT Seneng telah diadakan di Kedai Makan Mek Jah Pok Dik. Seramai 50 orang telah hadir. Agenda ialah untuk memilih AJK baru bagi tahun 2013 hingga 2015. Sebulat suara memilih Pengerusi lama iaitu En. Mohd. Amidi bin Abdul Razak dan melantik Dato. Mohd. Rosdi sebagai Timbalan Pengerusi. Beberapa AJK baru dilantik bagi menggantikan AJK lama. Mereka terditi daripada Tg. Mohd. Zawawi bin Raja Sulaiman, Mat Zani bin Hamzah, Murat bin Mamat. Jawatankuasa juga bersetuju supaya ahli SRS yang tidak aktif dikeluarkan dan menggantikan dengan ahli baru. Kawasan ronda SRS juga dikecilkan dan ditambah untuk Taman Bator Harmoni dan Kintan Mas. Jawatankuasa disarankan supaya diadakan program/aktiviti yang bermanafaat kepada penduduk setempat. Cadangan supaya diadakan Hari Keluarga dan Sukaneka. Cadangan dipertimbangkan. Majlis tersebut dihidangkan dengan buah durian sumbangan Dato' Mohd. Rosdi (Dato' Di) dan jamuan meehon goreng dan air cendol serta buah rambutan sebagai pembasuh mulut. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 malam

No comments:

PROJEK NANGKA MADU BERKELOMPOK KRT SENENG

 KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...