20 January 2008

Aktiviti Semasa

KEJOHANAN DAM AJI TERTUTUP KRT SENENG

Kejohanan Dam Aji Tertutup KRT Seneng telah diadakan pada 30/5/2008 hingga 1/6/2008 bertempat di Kedai Kopi Pak Dik. Seramai 12 orang peserta dalam kelas D dan 16 orang dalam Kelas C. Kejohananan ini dianjurkan oleh KRT Seneng bagi meningkatkan perpaduan dikalangan warga KRT Seneng. Kejohanan ini diadakan pada waktu malam bagi membolehkan ahli menyertainya memandangkan sianghari terlalu sibuk dengan urusan pertanian. Hadiah-hadiah berupa hamper disampaikan oleh Pengerusi KRT Seneng, En Amidi bin Ab. Razak


Memandangkan sambutan amat menggalakkan, KRT Seneng bercadang akan menganjurkan Dam Aji ini ke peringkat Jajahan Bachok di mana melibatkan KRT keseluruhan. Selain itu juga bagi mempereratkan lagi hubungan antara KRT-KRT di Bachok ini.





PROGRAM NUR SEJAHTERA"SIHAT DAN ANGGUN"


Program ini dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Kelantan dengan kerjsama KRT Seneng pada 24/5/2008 bertempat di Sek.Keb. Seneng, Jelawat, Bachok


Program ini diadakan bagi memberi maklumat dan pededahan kepada Jiran Wanita KRT Seneng mengenai Kanser payudara dan kaedah-kaedah pengesanan awal kanser.


Ianya juga bagi meningkatkan kesedaran dan kesediaan untuk melakukan pengesanan awal kanser. Selain itu ianya juga memberi tunjuk ajar untuk meningkatkan kemahiran wanita untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP)


Majlis dimulakan dengan pendaftaran kehadiran. Seramai 80 orang warga Jiran Wanita KRT Seneng telah hadir. Peserta yang hadir disediakan dengan risalah-risalah berkaitan kanser payudara dan saguhati daripada LPPKN. Cermah-ceramah disampaikan oleh Sister Hamizan bt Mustafa dari LPPKN dan Dr. Siti Kamariah bt Othman dari USM. Tajuk ceramah berkaitan Subsidi Memogram dan Menangani Kanser Payudara.


Selain ceramah pihak LPPKN juga telah membuat pemeriksaan kesihatan bagi wanita berumur melebihi 40 tahun. Bagi menarik kehadiran pihak Jawantankuasa KRT Seneng telah menyediakan 33 buah hamper cabutan bertuah.


Penceramah dan peserta disediakan minum pagi dan makan tengahari yang disediakan oleh Jiran Wanita di mana peruntukkan di sumbangkan LPPKN..




Majlis perasmian KRT Seneng

Pada : 15 Feb 2008
Masa : 3.oo petang
Tempat : Dewan SK Seneng
Perasmian oleh : YABrs Tn HJ Abdul Hadi b Mohd Salleh, Pengarah JPNIN, Kelantan



Semua ahli dan penduduk dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Aturacara Majlis

Perarakan motosikal klasik
Perarakan pulut semangat
Pertunjukan silat Pulut
Ucapan Perasmian
Gimik Perasmian dan pelancaran Laman Web KRT Seneng
Jamuan Makan
MALAM MESRA SRS DAERAH BACHOK


Ahli KRT Seneng seramai 20 orang berserta AJK menghadiri Malam Mesra Skim Rondaan Sukarela di Pusat Ko Kurikulum Negeri Kelantan, diTangok , pada 1 Feb 2008, anjuran JK Penyelarasan KRT Daerah Bachok.
Majlis yang julung-julung kali diadakan dan dianggap paling berjaya mengumpulkan 2,000 orang ahli-ahli yang melibatkan 21 KRT dalam daerah Bachok, majlis telah disempurnakan oleh



Datuk Dr Awang Adek b Hj Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia,
turut hadir,

Dato' Azman Amin b Hassan
Ketua Pengarah JPNIN Malaysia

Hj Abdul Hadi b Mohd Salleh

Pengarah JPNIN Negeri Kelantan.

Laporan Aktiviti 2008

MAJLIS PERASMIAN KRT SENENG

Majlis tersebut telah berlangsung pada 15hb Februari 2008 bertempat di dewan SK Seneng, jam 3.30 petang.

Majlis yang julung-julung kali diadakan telah mendapat sambutan penuh meriah daripada 400 penduduk. yang melibatkan 3 buah kampung dalam KRT Seneng, iaitu Kampung Seneng, Kampung Gelong Badak, Kampung Alor Pulai.

Majlis telah di rasmikan oleh YABrs Tn Haji Abdul Hadi b Mohd Salleh, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan, turut hadiri ialah Penolong Ketua Jajahan Bachok , Wakil Ketua Polis Daerah Bachok, Ustaz Nordin b Che Hussin, Timbalan Pengerusi JK Penyelaras KRT Daerah Bachok, Pengerusi-pengerusi KRT Daerah Bachok,
pegawai-pegawai dari JPNIN, Negeri Kelantan.

Kehadiran tuan pengarah di sambut dengan perarakan motosikal klasik, bunga manggar dan Pulut semangat, serta persembahan silat pulut, oleh ahli-ahli KRT seneng.

Sempena majlis berkenaan juga, Tuan pengarah melancarkan laman Web KRT seneng ini. merupakan KRT yang pertama di daerah bachok yang mepunyai laman web sendiri.

Para tetamu di hidang dengan gulai kawah dan air nira kelapa, yang di masak secara bergotong royong oleh ahli-ahli KRT Seneng. 2 ekor lembu di sembelih sempena majlis tersebut.



Gotong royong memotong daging untuk masakan gulai kawah




Ketibaan Pengarah JPNIN di sambut dengan perarakan motosikal klasik, Bunga Manggar

dan pulut semangat









Persembahan seni silat tari menyambut ketibaan tetamu




Def jemputan




Sebahagian dari tetamu dan penduduk KRT seneng yang hadir





Penyerahan Surat Warta Penubuhan KRT Seneng oleh Tuan Pengarah kepada

Pengerusi KRT seneng , En amidi

Pulut Semangat menjadi Cenderahati kepada para Def Jemputan







Mesyuarat AJK 21 Januari 2008



Para AJK sedang rancak bermesyuarat di Balai raya Kampung Seneng


Takwim Aktiviti 2008

PERANCANGAN AKTIVITI TAHUN 2008
KAWASAN RUKUN TETANGGA SENENG


01 Majlis Perasmian KRT Seneng (Januari)
02 Taklimat Penubuhan SRS kepada orang ramai(Januari)
03 Gotong royong membersih Jalan/kubur (Mac)
04 Menubuhkan tabung Khairat Kematian yang dikelolakan oleh KRT Seneng (Feb-Disember)
05 Kelas Celik IT (Feb-Disember)
06 Pasukan seni mempertahankan diri (Feb - Disember)
07 Pasukan Seni Budaya KRT Seneng -Gendang Silat (Feb - Disember)

08 Liga Bola Sepak antara KRT (Mei)
09 Majlis Maulidur Rasul (Rabiul awal)
10 Majlis Berbuka Puasa (Ramadan)
11 Kursus Agrotek -Tanam dan Ternakan (Julai)
12 Program Masakan/Kraftangan (Jiran wanita) (Jun)
13 Ceramah Kesihatan Wanita (Ogos)

AHLI JAWATANKUASA KRT SENENG BAGI TAHUN 2015 - 2017




Mohd. Amidi bin Rajab @ Abdul Razak
(Pengerusi )


Tengku Azmi bin Raja Ismail
(Naib Pengerusi)



Mohd Rahimin bin Harun
(Setiausaha)



Suhailan bin Che Man
(Bendahari)




SENARAI NAMA JAWATANKUASA
KAWASAN RUKUN TETANGGA SENENG
TEMPOH : 2017 - 2019


1 MOHD AMIDI BIN AB RAZAK- Pengerusi (013-9971010)
2 TENGKU AZMI BIN RAJA ISMAIL- Naib Pengerusi ( 019-9962677 )
3 MOHD RAHIMIN BIN HARUN -Setiausaha 
4 S.DIWANA BIN MOHAMED-Pen. Setiausaha
5 SUHAILAN CHE MAN -Bendahari 012-9647411
6  PAHMI BIN NOOR
7 ZAKARIA BIN SAAMAH -AJK (017-9313513 )
8 MAT ROFI B CHE MOOD -AJK ( 012-9393532)
9 MOHAMED B IBRAHIM -AJK (012-9098827)
10  MOHD ZAINAL BIN MOHD NOOR
11 MOHD. SABRI BIN SIDEK-AJK
12  WAN NURHAFILLAH BT WAN HAMAT
13 ROSLEY AWANG -AJK (017-9226970)
14 WAN HAMAT WAN JAYA -AJK (019-9223215)
15 TUAN AZMI B TUAN KOB -AJK (013-9133842)
16 MAT DAUD B ALI- AJK (013-9242168)
17 WAN MUSTAFA BIN WAN JAYA -AJK (019-9986004)
18  WAN NURSYUHADA BT WAN MUSTAPHA
19 MAT ZANI BIN MOHD NOOR -AJK
20  TENGKU SUDARMAN BIN RAJA IBRAHIM
21 SABRI B MOHAMED SIDEK -AJK (013-9243372)
22 YUSRI BIN MAT NAWI -AJK (019-9265965)
23 MURAT BIN MAMAT-AJK 013 9219684
24 HJH ROHANI BT ISMAIL -AJK (019-9144563)
25 SIAH BT. CHE MAN-AJK
26. TUAN HASAN BIN TUAN MUDA
27. MAZLAN BIN RAJAB
28. ALIAS BIN ALI

PENYIMPAN KIRA-KIRA

1. YUSRI BIN MAT NAWI
2. S. NORA BT ISAM

Latar Belakang

Gambar Satelit Kedudukan Kampung Seneng



Keluasan Kawasan : 7.5 km persegi


Bilangan komposisi Penduduk


BIL KAUM JUMLAH (%)
(i) Melayu- 2,240 orang (97.8% )
(ii) Cina - 50 orang (2.2%)
(iii) India - Tiada
Sosio - Ekonomi Penduduk

1.4.1 Kakitangan kerajaan : 3.5 %
1.4.2 Bekerja dengan sektor Swasta : 4.4 %
1.4.3 Berniaga Sendiri : 8.7 %
1.4.4 Bekerja sendiri/Petani : 82.4 %
1.4.5 Pesara : 1.0 %


1.5 Jenis dan bilangan rumah


BIL JENIS RUMAH JUMLAH
(i) Rumah Teres 60 buah
(ii) Rumah Sebuah 70 buah
(iii) Rumah berkembar 4 buah
(iv) Rumah Kedai 30 buah
(v) Rumah Kampung (Tradisional) 298 buah
JUMLAH KESELURUHAN 462 buah

JENIS PERTUBUHAN/PERSATUAN YANG TERDAPAT DI KAWASAN INI

GDW
Belia 4B
Rela
















PROJEK NANGKA MADU BERKELOMPOK KRT SENENG

 KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...