Assalamualaikum salam sejahtera dan salam perpaduan.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019
Syukur alhamdullillah kita dapat bersama lagi dalam menikmati sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019 dalam suasana aman dan harmoni. Disamping itu saya juga bersyukur kerana Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Seneng dapat diterima oleh seluruh warga Kg. Seneng. Sepertimana negara Malaysia berada dalam suasana aman dan harmoni, begitu juga Kg. Seneng ini berada dalam suasana yang sama.
Selepas PRU14 suasana politik berubah namun ketenangan dan perpaduan terjalin erat walaupun berbeza fahaman politik. Saya berharap ianya dapat diteruskan sepanjang masa. Dengan ketenangan inilah, berbagai aktiviti dapat dijalankan sesuai dengan sambutan ulang tahun ke10 pada Disember 2018. Atas dasar itulah penghargaan dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan telah memperuntukan geran G-Kom sebanyak RM10,000.00 bagi melaksanakan aktiviti/program keselamatan dan pencegahan dadah.Terima kasih Pengarah JPNIN Kelantan.
Dengan ini saya mohon kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa untuk menyokong saya dalam memperkasakan lagi KRT Seneng. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sokong yang diberi selama ini.
Sekian, terima kasih
MOHD AMIDI BIN RAJAB @ ABDUL RAZAK
Pengerusi
KRT Seneng