20 July 2016

MAJLIS BERBUKA PUASA

PADA 1/7/2016 KRT SENENG DENGAN KERJASAMA JASA BACHOK TELAH MENGADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERTEMPAT DI MADRASAH SENENG TENGAH. MAJLIS TERSEBUT DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN TN. HJ. RADZUAN BIN HAMAT, PENYELARAS DUN JELAWAT MERANGKAP TIMBALAN JPKRT DAERAH BACHOK. MENU BERBUKA PUASA IALAH GULAI KUNING TELOR ITIK, KERABU NIPAH, KERABU PAUH, PUYUH GORENG, DAGING GORENG DAN IKAN KERING GORENG.

07 June 2016

BULAN RAMADHAN 1437

PENGERUSI DAN AJK KRT SENENG 
MENGUCAPKAN MARHABAN YA RAMADHAN DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
SELAMAT BERPUASA


PENGERUSI

                        T/PENGERUSI                                          BENDAHARI

LAWATAN PENGARAH JPNIN KELANTAN KE SRS KRT SENENG







PERTANDINGAN AJI TERTUTUP KRT/JKKKP SENENG






05 April 2016

PROGRAM KOMUNITI PELAJAR IPG KAMPUS SULTAN MIZAN BERSAMA KRT SENENG







Program Komuniti Pelajar IPG Kampus Sultan Mizan bersama KRT Seneng telah diadakan pada 7 - 8/4/2016 di KRT Seneng. Antara aturcara yang diatur adalah Gotong Royong Perdana mencuci madrasah, kubur, membaik pulih Pusat Aktiviti dan Pos Kawalan SRS KRT Seneng. Diadakan juga promosi dan makanan berasaskan ubi kayu seperti tapai ubi, tapai ubi goreng, tepong bokol, tonyoh, kueh manih, ketupat ubi dll. 7/4/2016 8.30 pg - 60 peserta berada di SK Seneng bersama pelajar komuniti pendidikan iaitu motivasi dan LDK - 100 peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk gotong royong mencuci Madrasah Hulu, Madrasah Tengah, Balai Raya dan Madrasah Hilir 12.00 tgh. - Rehat / Solat / Makan Tengahari 3.00 ptg - Berkumpul di Balai Raya seramai 160 orang. Majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs. Tn. Hj Radzuan bin Hamat, Penyelaras DUN Jelawat. 4.00 ptg. - Gotong royong membersih Tanah Perkuburan Seneng 5.30 ptg. - Minuman ringan / bersurai 8/4/2016 9.00 pg - Demostrasi membuat makanan berasakan Ubi Kayu seperti Tapai Ubi, Ketupat Ubi, Tonyoh, Goreng Ubi. Mendapat sambutan dikalangan peserta. Majlis dihadiri oleh Ybrs. Dr. Mohd. Aziz bin Mohd. Din, Pengarah IPG Sultan Mizan, Pengarah Bahagian HEP dan Luar, IPGM, Ybrs. En. Nazri bin Mohamed, Pegawai JPNIN Kelantan, Ybrs. En. Mazlan bin Dolah, Pegawai JPNIN Bachok. Program penutupan disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Dr' Ilias bin Hj. Hussin, Pemangku Ketua UMNO Bachok. Majlis berakhir dengan makan makanan berasakan ubi kayu.

PROJEK NANGKA MADU BERKELOMPOK KRT SENENG

 KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...