02 November 2013
KARNIVAL BOLASEPAK 8 SEBELAH KRT SENENG
25 October 2013
PROGRAM BAKTI SISWA/SISWI UITM KOTA BHARU BERSAMA TUNAS JIRAN KRT SENENG
Program sehari ini diadakan dengan kerjasama KRT Seneng, JKKKP Seneng dan Siswa-siswi Uitm Kota Bharu
09 October 2013
MESYUARAT JAWATANKUASA
Mesyuarat Jawatankuasa KRT Seneng telah diadakan pada 9/10/2013 jam 9.00 malam di Balai Raya Kg. Seneng. Pada mesyuarat kali ini, En. Mazlan bin Hj. Dollah, Pen. Peg. Perpaduan Daerah Bachok telah hadir bersama. Seramai 25 AJK termasuk Penyimpan Kira-Kira telah hadir. Ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen AJK dalam meningkatkan semangat perpaduan. Antara yang dibincangkan ialah PDRM bersama SRS, Ahli SRS (Penamatan & Pendaftaran Baru), Insuran, Aktiviti-Aktiviti yang akan dijalankan dan perlantikan Jawatankuasa baru setelah tempoh 2011 - 2013 berakhir 12/9/2013. Perlantikan Jawatankuasa baru bagi tempoh 2013 - 2015. Pengerusi menyarankan agar AJK baru dapat memberi kerjasama dalam setiap perkara berkaitan KRT. Sebanyak 3 Kertas Kerja dibentangkan untuk dikemukakan dan diluluskan untuk dilaksanakan. Aktiviti tersebut ialah Pesta Memancing KRT Seneng 2013, Program Bakti Siswa UITM Kota Bharu (Tunas Jiran) dan Karnival Bolasepak 7 Sebelah Jiran Muda. Semoga mendapat kelulusan JPNIN Kelantan.
28 September 2013
PERTANDINGAN MEMANCING KRT SENENG
KRT Seneng telah mengadakan Pertandingan Memancing pada 28/9/2013 di Tali Air Belakang Asrama UMK. Seramai 60 peserta mengambil bahagian. Pertandingan dibahagi kepada 2 kategori iaitu Tangkapan Paling Awal dan Ikan Paling Besar. 1 Hadiah tangkapan paling awal dan 10 hadiah ikan paling besar. Disamping itu disediakan Cabutan Bertuah sebanyak 13 hamper. Acara menarik Teka Biji Petola Sare. Peserta yang berjaya : Tangkapan Paling Awal : Sabri Sidek (Ikan Selat 50gm) Ikan Paling Besar :
14 September 2013
MESYUARAT AJK BIL. 1/2013
Pada 4/9/2013 Mesyaurat AJK / penduduk KRT Seneng telah diadakan di Kedai Makan Mek Jah Pok Dik. Seramai 50 orang telah hadir. Agenda ialah untuk memilih AJK baru bagi tahun 2013 hingga 2015. Sebulat suara memilih Pengerusi lama iaitu En. Mohd. Amidi bin Abdul Razak dan melantik Dato. Mohd. Rosdi sebagai Timbalan Pengerusi. Beberapa AJK baru dilantik bagi menggantikan AJK lama. Mereka terditi daripada Tg. Mohd. Zawawi bin Raja Sulaiman, Mat Zani bin Hamzah, Murat bin Mamat. Jawatankuasa juga bersetuju supaya ahli SRS yang tidak aktif dikeluarkan dan menggantikan dengan ahli baru. Kawasan ronda SRS juga dikecilkan dan ditambah untuk Taman Bator Harmoni dan Kintan Mas.
Jawatankuasa disarankan supaya diadakan program/aktiviti yang bermanafaat kepada penduduk setempat. Cadangan supaya diadakan Hari Keluarga dan Sukaneka. Cadangan dipertimbangkan.
Majlis tersebut dihidangkan dengan buah durian sumbangan Dato' Mohd. Rosdi (Dato' Di) dan jamuan meehon goreng dan air cendol serta buah rambutan sebagai pembasuh mulut.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 malam
Subscribe to:
Posts (Atom)
PROJEK NANGKA MADU BERKELOMPOK KRT SENENG
KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...
-
SEJARAH NAMA KAMPUNG SENENG NAMA & SEJARAH KAMPUNG Sejarah Kampung : Mengikut sejarah, pada sekitar tahun 1840an sekumpulan keluarga Si...
-
BELASUNGKAWA Pentadbiran ini dan seluruh warga Rukun Tetangga menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kembalinya ke rahmatullah YB Dat...