25 October 2013

09 October 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA

Mesyuarat Jawatankuasa KRT Seneng telah diadakan pada 9/10/2013 jam 9.00 malam di Balai Raya Kg. Seneng. Pada mesyuarat kali ini, En. Mazlan bin Hj. Dollah, Pen. Peg. Perpaduan Daerah Bachok telah hadir bersama. Seramai 25 AJK termasuk Penyimpan Kira-Kira telah hadir. Ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen AJK dalam meningkatkan semangat perpaduan. Antara yang dibincangkan ialah PDRM bersama SRS, Ahli SRS (Penamatan & Pendaftaran Baru), Insuran, Aktiviti-Aktiviti yang akan dijalankan dan perlantikan Jawatankuasa baru setelah tempoh 2011 - 2013 berakhir 12/9/2013. Perlantikan Jawatankuasa baru bagi tempoh 2013 - 2015. Pengerusi menyarankan agar AJK baru dapat memberi kerjasama dalam setiap perkara berkaitan KRT. Sebanyak 3 Kertas Kerja dibentangkan untuk dikemukakan dan diluluskan untuk dilaksanakan. Aktiviti tersebut ialah Pesta Memancing KRT Seneng 2013, Program Bakti Siswa UITM Kota Bharu (Tunas Jiran) dan Karnival Bolasepak 7 Sebelah Jiran Muda. Semoga mendapat kelulusan JPNIN Kelantan.

PROJEK NANGKA MADU BERKELOMPOK KRT SENENG

 KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...