13 August 2011

Majlis Berbuka Puasa KRT Seneng




13 Ogos 2011 bersamaan 13 Ramadhan KRT Seneng dengan kerjsama JKKP Seneng, telah mengadakan Majlis berbuka puasa, Majlis ini telah mendapat sambutan meriah dikalangan penduduk, kehadiran melebihi 250 orang,

Program dimulakan dengan acara gotong-royong menyembelih lembu, memotong daging dan menyediakan juadah di Madrasah Hj Tuan Mat. Majlis ini telah dihadiri oleh En Hanif , Pegawai Perpaduan Daerah. Satu Ceramah Ihya Ramadhan juga telah disampaikan oleh Ust Ilham, Pegawai Agama dari Jabatan Penjara, Kelantan, sementara menuggu waktu berbuka.



Ramah Mesra bersama Timbalan Menteri Kewangan

Dato' Dr Awang Adek Hj Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, telah mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama Penduduk dalam KRT Seneng, program ini telah dapat mengeratkan lagi hubungan Pemimpin bersama rakyat,. Usaha ini telah dapat meningkatkan kerjsama dan perpaduan di kalangan penduduk.

PROJEK NANGKA MADU BERKELOMPOK KRT SENENG

 KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...