29 January 2010

Sejarah Nama Seneng

SEJARAH NAMA KAMPUNG SENENG

NAMA & SEJARAH KAMPUNG

Sejarah Kampung :

Mengikut sejarah, pada sekitar tahun 1840an sekumpulan keluarga Siam datang membuka penempatan di tepi sebuah alur air. Keluarga Siam ini diketuai oleh Seng Eh Neng. Mereka telah mendirikan sebuah candi dipinggir alur, yang kini hanya tinggal beberapa batang tiang sahaja. Kerja utama Seng Eh Neng ialah mencari ikan dengan menggunakan lukah yang besar yang diperbuat daripada batang dan pelepah berduri (tuau). Suatu hari Seng Eh Neng telah terjatuh ke dalam lukahnya menyebabkan beliau mati lemas. Untuk mengingati peristiwa itu dan jasanya membuka penempatan disitu, keluarganya telah menamakan kampung ini Kampung Seng Eh Neng. Tetapi oleh kerana nama Seng Eh Neng agak sukar disebut, lama-kelamaan nama Seng Eh Neng menjadi Seneng yang lebih mudah sebutannya. Nama ini kekal sehingga kini.


23 January 2010

Bengkel Pelan Tindakan Desa Bersama INFRA



Bengkel ini telah diadakan pada 22-24 Januari dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah (INFRA). Bengkel ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah, potensi dan cara mengatasi masalah dan merancang projek-projek yang mampu menjana ekonomi penduduk ke arah yang lebih berdaya saing dan maju.

Seramai lebih 40 orang penduduk hadir dan telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam program tersebut.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada tiga orang Pegawai INFRA yang hadir iaitu:-
En Saiful Nizam
En Kamarudin
Cik Rosidah


PROJEK NANGKA MADU BERKELOMPOK KRT SENENG

 KRT Seneng akan menganjurkan Projek Nangka Madu Berkelompok KRT Seneng. Ia bertujuan untuk menambahkan pendapatan kepada warga rukun tetang...